BlogList Malaysia

Selatan Online

Peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang dibayar RM30?

Posted by Unknown on 4 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30, dakwa Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.

Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar, untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.

Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.

Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.

Salahuddin bagaimanapun, menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, kerana hanya MB yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.

sumber: malaysiakini


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang dibayar RM30?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini