BlogList Malaysia

Selatan Online

Surat Jemputan Khas Buat MB Johor Dari Pengerang

Posted by Unknown on 9 Oktober 2012 | 0 komen pembaca



Oleh: Abusiraj Almuner

NUSAJAYA - Selain menyampaikan memorandum pagi semalam, Gabungan NGO Pengerang juga menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar Johor, Tuan Hj Abdul Ghani Othman untuk mengadakan Program Dialog Bersama Penduduk Pengerang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

Surat jemputan yang diserahkan itu tidak ditetapkan tarikh dan masa program, bagi memberi ruang kepada MB Johor hadir mengikut kepada kesesuaian masa beliau.

Amat mengecewakan pagi semalam, semasa penyerahan memorandum Setiausaha Sulit Menteri Besar telah memaklumkan bahawa Menteri Besar tiada di pejabat.

Walaubagaimana pun, menurut beberapa orang penduduk Pengerang, mereka telah terserempak dengan MB ketika mereka tanpa sengaja ke bilik MB kerana tersesat laluan ketika hendak menuju ke bilik seminar di bangunan tersebut. Kalau benar apa yang didakwa, adalah malang bagi rakyat Johor mempunyai seorang Menteri Besar Johor yang pembohong.

Jika dilihat sebelum ini, kerap kali ketika penyerahan memorandum kepada Menteri Besar Johor bersama pimpinan Pakatan Rakyat mahupun NGO berkaitan isu Kampung Plentong yang dirobohkan hinggakan isu-isu berkaitan dengan ekonomi Johor, tidak pernah Menteri Besar ini menerima memorandum selain diwakilkan Setiausaha Sulit beliau .

Kita tunggu dan lihat sahaja apa respon dari Menteri Besar Johor, Tuan Hj Abdul Ghani Othman ini nanti. Sekiranya beliau seperti kata Najib merasai denyutan nadi rakyat, sudah tentu beliau akan menerima jemputan ini.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Surat Jemputan Khas Buat MB Johor Dari Pengerang"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini