BlogList Malaysia

Selatan Online

Penyerahan Memorandum Isu Pengerang Kepada MB Johor

Posted by Unknown on 8 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Abusiraj Almuner

NUSAJAYA - Gabungan NGO Pengerang yang diketuai oleh Pengerusi gabungan tersebut, Anis Afida Mohd Azli, pagi tadi telah berjaya menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar di Bangunan Pentadbiran Negeri di Nusajaya. 

Hadir sama Mazlan Aliman, Presiden ANAK, Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS Johor, Syed Othman Abdullah, Pengerusi PAR Johor, Hasan Karim, Timbalan pengerusi PKR Negeri dan pemimpin PR yang lain.

Memorandum tersebut memohon kepada Menteri Besar Johor selaku Jawatankuasa Hasil Bumi, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor supaya memindahkan projek RAPID dari kawasan penempatan. Tanah yang akan diambil untuk dibangunkan itu adalah kawasan penempatan kampung tradisi yang diduduki lebih 100 tahun yang melibatkan 28,050 ribu penduduk dan mempunyai hasil mahsul yang dijadikan sumber ekonomi penduduk tempatan serta mempunyai kepentingan rakyat seperti sekolah, klinik kesihatan, balai polis dan tapak perkuburan.

Mazlan Aliman berkata demi menjaga maruah kerajaan, NGO Pengerang memohon pada Yang Berhormat Menteri Besar memindahkan projek ke kawasan lain kerana peruntukan Akta Tanah, kuasa tanah adalah di bawah kerajaan negeri, kerajaan negeri katanya juga mempunyai pilihan dan kuasa untuk memindahkannya ke kawasan lain. Mazlan juga berkata memorandum yang dihantar bukannya satu medan untuk konfrontasi terhadap kerajaan tetapi pembincangan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk masalah yang dihadapi oleh penduduk Pengerang. Hasil kajian dari Gabungan NGO Pengerang ke atas penduduk yang terlibat mereka tidak tahu apa status mereka selepas itu.

Mazlan juga mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh kontraktor dan pemaju untuk projek RAPID ini di dalam Majalah Pengerang yang mengatakan tanah yang akan diambil cuma 6,424 ekar tetapi kerajaan negeri telah mengambil 22,500 ekar tanah. Lebihan tanah itu menjadi tanda tanya.

Penyerahan memorandum pagi tadi berlaku dalam suasana sedikit kecoh, bila mana rombongan yang ingin menyerahkan memorandum tersebut tidak dibenarkan oleh Setiausaha Sulit MB yang bernama Hasnol untuk berjumpa dengan MB. Beliau berkata MB tidak berada di pejabat dan meminta hanya sekadar menerangkan kepada beliau sedikit maklumat memorandum dan menyerahkan kepadanya di lobby tingkat 2, tempat menunggu. Setelah berbincang barulah beliau bersetuju membawa 5 orang sahaja termasuk 3 wakil penduduk Pengerang ke dalam pejabat untuk berbincang dan mendengar penerangan memorandum tersebut. Menurut salah seorang daripada 5 orang wakil yang dibawa itu, mereka tidak dibawa ke pejabat tetapi ke bilik seminar sahaja.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Penyerahan Memorandum Isu Pengerang Kepada MB Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini