‘Muslimat Prihatin, Kebajikan Terlaksana’
Posted by Unknown on 26 November 2012 | 1 komen pembaca
Oleh: Ishtisyhad Addayanah
PARIT SULONG - Bertepatan dengan tema Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ‘Muslimat Prihatin, Kebajikan Terlaksana’, pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan Program Agenda Wanita Malaysia (AWM) peringkat Negeri Johor bertempat di Dewan Bustanul Ariffin, Parit Sulung semalam.
Turut hadir YB Hjh Siti Zailah Muhd. Yusuf, Dr Siti Mariah Mahmud, YB Mumtaz Mohd Nawi, Saudari Aiman Athirah Al Jundi serta pimpinan-pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
Di dalam ucapannya, YB Dr Siti Mariah Mahmud menerangkan kronologi dan sejarah PAS agar masyarakat tidak keliru dengan isu-isu yang dibawa oleh UMNO Barisan Nasional yang menyatakan PAS telah lari dari dasar Islam yang dipegang selama ini.
“Matlamat Negara Berkebajikan ini dipenuhi dengan strategi-strategi yang tersusun dan dapat diterima ramai. Kita seharusnya tidak cepat melatah dengan dasar baru yang PAS sarankan iaitu Negara Berkebajikan, sebaliknya perlu dicari kefahamannya”, terang beliau lagi.
“Bagi memenuhi keperluan-keperluan semasa muslimat masa kini, muslimat perlu bijak berstrategi. Strategi tersebut haruslah mencakupi pendidikan, kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti, pengubatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, pembudayaan dan penguatkuasaan undang-undang dan agenda wanita muda,” kata YB Mumtaz Mohd Nawi yang merupakan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat.
Amanat terakhir yang telah disampaikan oleh YB Siti Zailah Muhd Yusuf, menggariskan agar permantapan ukhwah haruslah diberi perhatian agar ia dapat dieratkan dan diperkuatkan lagi bagi menjaga ikatan iman dan akidah dalam kalangan umat Islam.
“Muslimat perlulah manfaatkan perubahan media baru dengan mengikuti perkembangan semasa melalui laman sesawang Facebook, Twitter dan sebagainya selain celik IT. Hal ini teramat penting bagi membuka minda muslimat dengan informasi yang berguna mengenai permasalahan dan isu semasa yang berlaku di Malaysia pada masa ini”, tambahnya lagi di akhir majlis, yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Pusat.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Maafkan aku wahai semua rakyat Malaysia.
Aku seorang manusia yang bencikan perpecahan..aku juga bencikan kekerasan.Namun aku juga tidak suka pada penindasan secara licik dan kezaliman yang terselindong.
Maafkan aku jika aku hanya mampu berdoa.Kerana doa itu 'silahuddin''silahulmukmin'
Aku tidak punya kuasa untuk 'memberhentikan' segala pertelingkahan yg berlaku di dalam negaraku oleh puak2 kontrovesi yg 'besi'..
Yang aku mahu...umat Melayu Islam dan sekelilingnya aman sejahtera dan bersatu.
Aku belajar berdoa dengan Tuan Guru Nik Aziz dan ahli2nya.
Dan aku juga jadi setuju dan ingin berdoa kerana berdoa untuk kezaliman adalah dibolehkan 'kata Us MAZA'..
Maka aku ingin berdoa kepada ALLAH AZA WA JALLA..,agar kezaliman yang dilakukan oleh puak2 besar ini dapat 'dihentikan'.Agar mereka selepas ini akan duduk bertafakkur dan bermuhasabah diri (jika ia memberi kesan daripada doa ku ini.)
Waktu itu..aku akan mula nampak 'cahaya perpaduan dan ukhuwah' di antara kalian semua yang rakus.
Doa ku begini...:
Yaaa..ALLAH,aku hamba MU yang kerdil,tidak punyai kekuatan apa2 dalam menyatukan umat Muhammad di Malaysia ini..
Aku merasa sungguh terzalim dengan nafsu 'besar' mereka.
Mereka menuduh2 ku kafir dan murtad.
Mereka membutakan mata ku dan hati ku dengan harta yang mereka 'curi'secara diam tapi rakus.
Mereka memecahbelahkan diri mereka sendiri dan umat2 Melayu yang lain.
Sungguh Yaaa ALLAH..nafas ku jadi sesak..hati ku menjadi beku dan sayu..,fikiran ku menjadi celaru..yang berpecah belah itu semuanya saudara mara ku...mereka ini menipu dengan semangat Islam ,
mereka menipu dalam semangat kebangsaan...tetapi mereka juga tertipu dengan diri dan nafsu mereka sendiri.
Mereka kata mereka pembela kepada agama tetapi mereka sendiri menjual agama demi 'kepuasan dan dendam kesumat' mereka.
Mereka rela kencing sambil berlari bersama2..dan ada juga yang 'bersandiwara di dalam selimut...'
Yaa ALLAH...untuk apa 'aman' di negara ku ini andai agama ku terlerai..tergadai..
untuk apa 'aman' negara ku jika banyak pembohongan dan penipuan'
Andai aku boleh berdoa...,perkenankanlah doa ku ini..
Yaa ALLAH..,jadikanlah negara ku seperti Palestin..,umatnya yg selama ini ditindas,dijual,digadai,dipijak,dihina dan diperkosa.
kerana umat di Palestin dahulu sama juga seperti umat di Malaysia.
Mengabaikan perpaduan dan ukhuwah..mengabaikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat..mengabaikan kejujuran dan keikhlasan..
Mengabaikan penyatuan tetapi merelakan perpecahan dan permusuhan di kalangan seagama.
Maka ENGKAU berikanlah rakyat Malaysia merasai sama seperti Orang Palestin rasa dan alami sekarang ini.
Merasai yang negara mereka terancam dan dizalimi..merasai negara mereka musnah dek kerana dibom.Rakyat Malaysia suka begitu Yaaa ALLAH..maka KAU berilah mereka rasa..merasa tiada masa nak berdemonstrasi,tiada masa nak tidur nyenyak.tiada masa nak 'curi dalam senyap' tiada masa nak tuduh menuduh,tiada masa nak saling kafir mengkafir,tiada masa nak bertweet dengan berpuluh ribu rakyat untuk berdemo..tiada masa nak pergi berdebat,tiada masa nak saling menunding jari..tiada masa nak tunjuk siapa kuat siapa hebat..tiada masa nak tegakkan hukum Islam atau nak meruntuhkan Islam...tiada masa lagi teringin nak duduk di kerusi empuk di PUTRAJAYA.
Maka Engkau tunjukkanlah kepada mereka akibat kedegilan ,kerakusan,kefanatikan,ketaksuban,kezaliman,ketidak adilan ,kedunguan dan kedangkalan umat Muhamad di malaysia ini dengan menjadikan Malaysia..sama seperti Palestin...mereka tahu di Palestin itu menderita,hancur dan musnah..tetapi mereka tidak mampu untuk 'nampak' dan tidak mampu utk menolong diri mereka sendiri dan kemusnahan Umat sendiri.Biarlah negara ku musnah sama spt Palestin daripada musnahnya 'pegangan agama' dek kerana kebebalan diri sendiri..amin Yaa ALLAH.