Penduduk Dakwa Hak Mereka Dicabuli
Posted by Unknown on 26 Disember 2012 | 17 komen pembaca
SKUDAI – Beberapa orang penduduk daripada Pangsapuri Jasa, Mutaiara Rini bangkit menyuarakan hak mereka apabila sebuah kawasan hijau yang dimaklumkan untuk didirikan sebuah tadika telah dibangunkan sebuah premis perniagaan, Pasar Mini Masz Be 24 Jam.
Menurut penduduk setempat, aduan telah diadakan kepada pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) pada 11 Disember yang lalu berhubung isu ini.
Dalam satu keterangan, Puan Siti Habibah telah menjelaskan bahawa petisyen untuk meminta tandatangan penduduk di situ telah pun dibuat, namum ada pihak yang menghalang.
“Kami dah buat petisyen minta tandatangan penduduk kat sini, tapi terpaksa berhenti sbb dapat ugutan daripada pelbagai pihak”, jelas beliau yang juga merupakan penduduk di Pangsapuri Jasa tersebut.
Beliau juga terasa amat kecewa dengan Timbalan Ketua Wanita UMNO di situ kerana tidak mengambil endah aduan yang dilontarkan malah mengambil langkah untuk lepas tangan dalam isu ini.
“Kami dah tunjukkan surat aduan yang dibuat kepada Timbalan Ketua Wanita UMNO, tapi mentah-mentah dia tolak aduan kami. Kami amat kecewa dengan pemimpin macam ni.
“Ada juga kami bawa kepada ketua kampong, tapi katanya dia tak mampu nak buat apa-apa sebab payung ‘diorang’ lagi kuat”, jelas beliau lagi.
Penduduk di situ juga menyatakan kebimbangan mereka kerana projek yang didirikan di antara blok R dan S Pangsapuri Jasa ini telah membuat pendawaian elektrik dan penggunaan sumber air secara yang diragui.
Kerisauan mereka ini mempunyai asas yang kukuh apabila Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Nusajaya hadir ke tapak projek dan melihat tidak ada sebarang papan tanda projek secara sah dinaikkan sekitar tapak projek.
Justeru Penyelia PAR Nusajaya menyarankan untuk ditubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi memudahkan urusan ini dibawa ke pihak MPJBT secara lebih kukuh dan professional.
“Kita minta supaya Puan dapat mengumpulkan penduduk di sini untuk kita tubuh satu jawatankuasa bertindak khas untuk tangani isu ini.
“Saya bimbang ada permainan yang tidak sihat melibatkan orang dalam berlaku di sebalik pembinaan premis perniagaan ini. Selepas kita tubuh jawatankuasa, kita akan bawa ke pihak majlis. Kalau masih ada yang kita ragui kita akan minta SPRM buka kertas siasatan untuk kes ini,” tegas beliau lagi yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.
Menurut Puan Siti Habibah, dalam usaha beliau mengumpul tandatangan sebagai suara bantahan penduduk, kebanyakkan hanya kaum Cina yang menyatakan kesungguhan mereka untuk menyokong isu ini namun sebaliknya bagi penduduk Melayu.
Tambah beliau lagi, sebelum ini telah ada maklumat secara lisan yang dikhabarkan daripada pihak MPJBT untuk arahan perobohan premis berkenaan, namun sehingga kini tiada sebarang bentuk tindakan diambil.
Turut hadir dalam pertemuan bersama penduduk Pangsapuri Jasa itu adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah, saudara Zaifiddin Isa.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
biasanya kes seperti ini ada yang tak ikut procedure. segera buat j/kuasa bertindak dan buat susulan dgn mpkbt.
salam hormat saya NORIZAM BIN TAN, untuk pengetahuan semua lebih-lebih lagi saudara ZAIFIDDIN ISA (KETUA PEMUDA PAS KAWASAN GELANG PATAH) jangan dengar penjelasan sebelah pihak. Kalau nak terperinci sila berhubung dengan saya selaku pegurus di kawasan ini (JMB).masalah premis perniagaan pasar mini maszbe. Untuk pengetahuan saudara orang yang membangkang orang yang bangang sebab panggil mesyuarat tak pernah datang dan satu lagi duit maintanance liat nak membayar padahal sebulan hanya RM25.00, rokok boleh hisap, modes boleh beli padahal lampu blok S dengan blok R sudah nak ditamatkan oleh pihak TNB, atas keperihatinan pihak pengurusan dapatlah berhubung dengan pihak TNB supaya dapat menyalurkan eletrik dengan cara byar ansuran, sikap penduduk yang enggan membayar yuran maintanance jadi, dengan wujudnya premis ini :
1) keselamatan anak2 dapat dibendung dgn tidak melintasi jalan raya
2) sewa perniagaan dapatlah menampung membayar eletrik blok
dengan cara ini saya harap saudara kalau nak perjuangkan jangan dengar sebelah pihak berhubung dengan saya terus 019-7935945 atau sila buat pertemuan dimana sahaja. Jangan gunakan pentas politik gunakan semangat moral karib dan atas dasar keperihatinan tiada kepentingan, dan saya juga terbaca dalam tulisan saudara yang dibuat oleh saudara UMAR FARAUK 26 DISEMBER 2012. Sila tampil jujur dalam membuat tindakan jangan hanya mendengar sebelah pihak. Sekali lagi saya tegaskan sila berhubung dengan saya. Adakah saudara tahu sudah ada kematiaan, bolehkah saudar bertanggungjawab. Jujur dalam segala hal. Pesanan dari saya jangan guna pentas politik.
Salam....orang yang selalu bising ni adalah dari golongan yang tak pernah bershukur dengan apa jua kemudahan yang cuba di sediakan...jangan gunakan parti untuk menanguk di air yang keruh wahai pembangkang.......cuba lihat dan kaji dulu....sesuatu pembahruan...barulh nk komen...ni tak isu kemudahan masyarakat yang baik pun nak dijadikan isu....MENGARUTLAH....saya harap pihak yang bertangungjawap teruskan usaha murni demi menjaga keselamatan penduduk dan kemudahan semua....
Bukan ke bagus kalau sebuah kedai di dirikan untuk kemudahaan dan keselamatan anak2 disitu......takan kerana asam sekeping kanak terpaksa mengadai nyawa melintas dijalan raya yang sibuk......kerana kedai yang terhampi adalah diseberang jalan pangsapuri.......SEDARLAH WAHAI PEMBANGKANG....JANGAN KERANA KEPENTINGAN PERIBADI KEMUDAHAAN DAN KESELAMATAN MASYARAKAT DI GADAI....BAGI PIHAK PENGURUSAN TERUSKAN USAHA MEMBINA.....ORANG YANG SELALU BISING NI BIASANYA MACAM ANJING.....SEBAB TAK DAPAT TULANG........
oops, yang banyak bising kat sini sape eh?heh
pada pendapat saya, wujudnye kedai runcit (Masz Be) adalah untuk kesenangan semua penduduk.Kenapa harus ada org yg mempertikaiknnye? lebih 2 lgi kedai itu broperasi 24 jam.segala keperluan dan kehendak dapat diperolehi dgn mudah.selain itu juga, sewa bulanan yg dibyr oleh tuan pnye kedai trsebut, sedikit sebanyak dpt membantu pihak pengurusan melunaskn hutang2, seperti bil api, air, kerosakan dn sebagainye.seperti sedia maklum, setiap bulan pengurusan hanya mengenakn bayaran sebanyak RM 25 sahaja.knp ada sesetengah sikap penduduk melenggah2 byaran, adalanye berhutang smpi beribu.ini menimbulkn masalah yg besar bagi pihak pengurusan untuk menyelesaikn segala masalah.dgn ini saya harap pnduduk bermasyarakatlah, jgn ada sikap iri hati sesama kita, lebih2 lgi kita ni brbngsa melayu.jika ada yg tak puas hati tntng wujudnye kdai itu, penduduk blhlah berhubung dgn org yg berkenaan ( En Norizam ).jgn la menghentam atau membuat sebarang andaian sebelum selidik tnpa usul periksa.kepada yg irihati atau bersikap sebaliknye, ubahlh perangai anda.jgn lah jadi GUNTING DALAM LIPATAN.malulah kita sesama melayu.kepada En Norizam, bnyk2kn bersabar.jika kita ditempat yg benar, pasti kebenaran brpihak kepada kita..rambut sama hitam, hati lain2.kita x tau hati org..
Umar farouk apelg jumper la en norizan klau rase telus sgt ko tuu...klakar la blog nih cam bace komik ujang plak......
Bhentan
Projek ni majlis lulus ke? xpe kita guna line yg betul..kalau pelan tu tak de kat majlis, esok lusa kita roboh..buat tadika ikut macam pelan pembangunan yg MPJBT da buat..apa susah kedai belambak je depan tu...pisshhh nak tanya kroni mana yang dapat byk sgt ni sampai nak bela mati2an..huaha...gua nampak sportrim kereta macam baru je kroni ni..hihi
Satu barang lagi gua nak tnya, mana dia papan tanda projek? apa, igt ini tapak pelupusan sampah ke boleh wat projek setinggan suke suki..ikut law lah wei...kalu bt0l projek ni majlis lulus, takkan la wat kerja cam setinggan, curi air (SAJ buat2 buta je) tarik api dari blok (ape, nak kasi satu blok terbakar ke ape?)..common la norizam wei, kemudahan tu kemudahan gak...tapi wat ikut law laa, ini malaysia la, bukannya Acheh atau nepal buleh wat suke suki..nepal ngan acheh pon ade undang2 ape..ke yang buat ni skolah tak abis??huha...
Walau apa pun alasan pihak pemgurusan , sepatutnya segala projek atau pembinaan mestilah mengikut undang2 pihak berkuasa tempatan.... Ini amat perlu bagi mengelakkan tuduhan kroni , atau ada pihak yg salah guna kuasa ... Harap pihak yg mengadu dapat meneruskan tindakan supaya segala prasangka dapat dihuraikan.. RUJUK PADA MPJBT .
Semua dh besar panjang tapi befikiran sempit ! . Kedai dh buat siap di bina . apa lagi mahu di bising2 ? kedai ni untuk kegunaan semua juga . lain kali sebelum nak bangkang2 org . Fikir dulu ! . Lagi satu " tarik api dari blok (ape, nak kasi satu blok terbakar ke ape?). " <---- apa ni ? ada bukti ke ? selidik betul2 dulu la . jangan main hembus je . belajar tinggi tapi otak macam kuda -,- . Setakat bebicara dalam alam maya boleh la . apa lagi yang tak puas hati jumpa depan2 . kan senang . bincang elok2 . kalau dengar dari sebelah pihak je apa guna ?!!! . SEELOK-ELOK nya dengar dari kedua-dua belah pihak . Settle dengan cara org dewasa la . semua dh besar . dh kawin . melayu dengan melayu pun nak gaduh . macam mana nak maju ?!! . bincang2 elok . adakan mesyuarat . jangan hanya berani bersuara dekat dalam page ni je . BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA .
benda kecik2 pun nak besar2 kan . Macam budak2 ! betul kata Hacker Black Venom . saya sokong anda . kedai pun dh siap dibina . tak perlu la bersusah payah nak bisingg
duduk sama tempat . tapi tak ada langsung semangat kejiranan . Adakah sifat ini yanng perlu di contohkan oleh anak2 muda sekarang ? fikir la wahai saudara ku .'
Mentaliti orang flat. Kasihan.
tu le mentality kroni yang nak cari untung mudah...elaun makan gak..flat tu bukan tempat cari duit
klu ye pun ikut Le prosedure yg betol..memang Ada baiknya jgak kedai kroni tu untuk mengkayakan kroni 1malaysia kt m.rini yg bangga dgn prinsip jilat darah..konon2 samseng taik kucing..hehe
kita Org pon xbuta pasal kroni2 tu dpt pelepasan utk bayar maintenance tp yg bukan kroni kena bayar lak.. telus ke pengurusan ? klu betol Nk tolong penduduk buat Le koperasi untuk menjanakan keperluan penduduk, ni baru je berkuasa sikit dh sombong bodo Nk tunjuk kuasa!...ni bukan zaman komunis suka2 cow Org nk buat kelaku pakai undang2 dlm hutan.
matlamat tak menghalalkan cara.kalau tak ikut peraturan sedia lah untuk terima teguran.
kenapa kau tak suruh kroni kau buka kedai kat bawah blok kau aje, senang kau nak pantau keuntungan kedai dan pelanggan.biar cepat ckit untung,tambah bini,tambah kereta,tambah rumah,tambah perut kau yang boncit tu biar makin besar.esok bawa lah perut tu kat padang mashyar