Berkhidmat dengan Kerajaan, Adakah Satu Jaminan Kekal?
Posted by Unknown on 22 Januari 2013 | 0 komen pembaca
Oleh:
Abusiraj Almuner
Permas, 22 Januari - Bagi sesetengah orang, perkerjaan adalah salah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kerana ia merupakan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga. Di India, perkerjaan umpama segala-galanya bagi masyarakat India, hatta kiranya mereka diberhentikan kerja, kehidupan akan dirundung kesempitan dan kesusahan. Justeru, ada yang sanggup membunuh diri apabila kehilangan perkerjaan.
Mungkin aduan yang diajukan kepada PAR Permas oleh seorang pemuda pada pagi semalam tidaklah seperti yang penulis gambarkan dalam mukadimah diatas, tetapi ia menggambarkan pentingnya pekerjaan sebagai sumber pendapatan bagi sesetengah manusia secara fitrahnya.
Addey Mohd Aris, 35 tahun, bapa kepada 3 orang anak yang yang masih kecil telah menabur khidmatnya dengan Kementerian Luar Negara Malaysia sebagai budak pejabat di kedutaan Malaysia di Singapura. Mula berkhidmat pada 28 Julai 2000 dan telah ditamatkan perkhidmatan pada 26 Mac 2008.
Beliau mendakwa telah diberhentikan perkhidmatan kerana dituduh terlibat dalam satu sindiket haram yang beroperasi dalam urusan mempercepatkan pengeluaran visa ke Malaysia kepada ejen-ejen dan pemohon-pemohon perseorangan. Oleh kerana tuduhan terhadap beliau adalah tidak benar, beliau telah menyaman kerajaan Malaysia atas tuduhan yang tidak berasas itu.
Dakwa beliau lagi, seorang pegawai Kementerian Luar telah memanggil beliau untuk berbincang agar meminta beliau menarik balik saman tersebut dan dijanjikan perkerjaan semula. Atas dasar kepercayaan dengan janji yang ditaburkan oleh pegawai kerajaan tersebut, akhirnya beliau menarik balik saman dan kembali semula beberapa waktu untuk berjumpa dengan pegawai tersebut. Malangnya, pegawai itu telah dipindahkan untuk berkhidmat di luar negara.
Beliau berkata, semenjak 5 tahun beliau diberhentikan, pelbagai masalah dialami dalam kehidupan seharian terutama untuk memohon perkerjaan kerana namanya tersenarai dalam sistem Good Conduct of Certification. Sistem tersebut memaparkan beliau sebagai seorang yang bermasalah dengan kerajaan Malysia. Anak beliau tidak bersekolah hampir setahun kerana beliau tidak mempunyai wang serta isteri beliau meminta cerai dan sekarang ini mereka duduk berasingan walaupun masih ada ikatan yang sah. Beliau juga ada melakukan kerja-kerja sub contract tetapi telah ditipu oleh rakan niaganya sendiri.
Beliau mendakwa pernah meminta ADUN Johor Jaya untuk membantu agar kes beliau ini dapat diketengahkan kepada kerajaan tetapi ADUN tersebut hanya mampu meminta beliau merujuk kes beliau kepada Biro Pengaduan Awam (BPA). Tidak berpuashati dengan jawapan dari ADUN tersebut, beliau menemui Dato Azreez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, tetapi jawapan yang diberikan oleh Dato Azreez adalah, beliau gagal untuk membantu kerana kes beliau terlalu rumit.
Tidak berputus asa dengan usahanya itu, beliau cuba untuk menemui YB Khalid Nordin tetapi gagal dan hanya dapat bercakap melalui talian telefon dengan PA YB khalid iaitu Saudara Norazam, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang dan dakwanya, beliau diarah menyiapkan kronologi masalah yang beliau hadapi.
Beliau berkata dengan nada sedih kepada penulis dan penyelia PAR Permas, beliau hanya ingin menegakkan keadilan buat dirinya. Beliau tidak pernah didakwa mahupun ditangkap atas kesalahan yang dilemparkan terhadap beliau. Ini semua adalah permainan politik yang bersifat hasad dengki serta dendam kesumat terhadap beliau. Mana mungkin katanya seorang pembantu pejabat boleh mempercepatkan pengeluaran memproses visa.
Beliau tidak mengharapkan untuk mendapatkan pekerjaan semula tetapi kerajaan harus bertanggungjawap atas masalah yang beliau alami selama ini kerana telah mengaibkan beliau dan memusnahkan kehidupan sekeluarganya dengan tuduhan serta fitnah yang tidak berasas terhadapnya. Beliau juga meminta kerajaan membayar pampasan kepadanya.
Mengulas mengenai aduan tersebut, Penyelia PAR Permas, Tuan Syed Othman Abdullah berkata beliau akan mengkaji aduan tersebut terlebih dahulu dan setelah itu barulah PAR akan mengambil tindakan susulan bagi membantu pengadu dengan kadar segera.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Berkhidmat dengan Kerajaan, Adakah Satu Jaminan Kekal?"
Leave a reply