BlogList Malaysia

Selatan Online

Bersih 2.0 Mahu Gerakkan 10,000 Pemantau PRU-13 Di Johor

Posted by Unknown on 27 Januari 2013 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU - Bersih 2.0 akan mengadakan satu latihan kepada 10,000 penduduk negeri Johor dalam menghadapi PRU-13 akan datang. Latihan yang dianjurkan ini akan diadakan pada 2 Februari akan datang bertempat di Dewan PKK, Taman Sutera Utama, Johor Bahru.

Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Johor, Thomas Fann, sesiapa sahaja yang berminat digalkkan untuk hadir untuk dilatih sebagai pemantau PRU-13. Latihan yang akan diadakan tersebut akan dilaksanakan selama 2 jam.

Menurut beliau lagi, perkembangan penyiasatan RCI di Sabah yang didakwanya kerajaan BN telah memberikan kerakyatan kepada warga asing supaya boleh mengundi BN menjadikan PRU-13 yang akan datang menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah pilihanraya.

"Hak rakyat untuk menentukan masa depan telah dicuri dan pilihan kita telah diserongkan oleh mereka yang mempunyai wang dan kuasa. Ini adalah tidak sah dan salah, kerana pilhan rakyat yang sebenar tidak dihormati "

"Sejak lima tahun yang lepas, Bersih 2.0 telah mengetuai rakyat Malaysia dalam seruan supaya pilihanraya mestilah bersih, bebas dan adil. Bersih 2.0 telah berusaha dengan berbagai cara termasuk berdialog, menghantar memo mahupun himpunan aman. Kerajaan Persekutuan dan SPR telah berjanji akan membersihkan daftar pengundi dan proses pilihanraya. Tetapi pada hakikatnya, sampai sekarang, kebanyakan tuntutan Bersih masih belum ditepati" , jelas beliau lagi dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai sukarelawan Bersih 2.0 dalam emmantau perjalanan PRU-13 dengan menhantar sistem pesanan ringkas (SMS) [PEMANTAU](nama) ke 019-7575652 atau mendaftar di laman web www. BersihJB.info.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Bersih 2.0 Mahu Gerakkan 10,000 Pemantau PRU-13 Di Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini