You are here: Home / Isu Semasa / Najib Pucat Lesi Tak Berani Jawab 7 Isu Besar
Najib Pucat Lesi Tak Berani Jawab 7 Isu Besar
Posted by Unknown on 1 Februari 2013 | 0 komen pembaca
MERLIMAU - Naib
Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyatakan bahawa beliau akan menulis
surat kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta
beliau menjelaskan tujuh isu yang belum terjawab sehingga kini.
Pertama ialah berhubung kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia (Datuk Syed Ali AlAttas) baru-baru ini mengatakan, 80 peratus
di sekitar Iskandar Malaysia sudah pun dimiliki oleh warga asing. Datuk
Syed juga mengatakan rakyat Johor paling miskin disebabkan harga rumah
& hartanah di Johor yang sangat membebankan.
Kedua, isu penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor.
Ketiga, isu pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia
(RAPID) yang menimbulkan pelbagai kontroversi dimana projek besar
bernilai RM60 bilion itu mengakibatkan alam sekitar dan kesihatan
penduduk terbabit terjejas.
Keempat, isu kehilangan medan
minyak Blok L dan M milik Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Brunei
berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada
16 Mac, 2009.
Kelima, kerugian yang dialami oleh Tabung Haji
(TH) dalam pelaburan wang ahlinya apabila saham Silver Bird Group Berhad
(Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja. (TH
merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19
%).
Keenam isu kerugian KWSP akibat daripada kejatuhan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di bawha paras IPO.
Ketujuh mengei pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang
mengaitkan Najib dan keluarganya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia,
Altantuya Shaaribuu. Jawapan ringkas Najib bahawa Deepak tidak berwibawa
tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.
Menurut Salahuddin, ketujuh-tujuh isu tersebut perlu dijawab oleh Najib kerana ia melibat kepentingan rakyat seluruhnya.
Salahuddin berkata demikian di Majlis Mengeteh dan Santai bersama rakyat di Merlimau petang ini.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Najib Pucat Lesi Tak Berani Jawab 7 Isu Besar"
Leave a reply