BlogList Malaysia

Selatan Online

Gabungan NGO Pengerang Kecam Fitnah MCA

Posted by Unknown on 6 Januari 2013 | 0 komen pembaca


PENGERANG: Gabungan NGO Pengerang mengecam tindakan MCA membuat fitnahan terhadap Gabungan NGO berkenaan kes bunuh diri keluarga Pang. Walaupun menerima tekanan dari pihak polis, demi penghormatan kepada si mati dan kesahihan perkara ini, Gabungan NGO telah membuat laporan polis mengharapkan orang ramai dapat memahami situasi sebenar pengambilan tanah di Pengerang.

Menurut Chua Peng Sian, Bendahari Gabungan NGo Pengerang, beliau ingin menegaskan bahawa si mati Encik Pang pernah memaklumkan kepada beliau bahawa rumah dan tanah tidak dimiliki oleh dia sendiri, maka dia bimbang pampasan pengambilan tanah yang cuma 20 ribu ringgit, tidak dapat menampung kos untuk memulakan kehidupan baru

Mangsa juga amat risau dengan masa depan keluarga.Sehubungan dengan itu, apabila beliau ditemuduga berkenaan kes bunuh diri ini, beliau mengemukakan Encik Pang bunuh diri kemungkinan disebabkan pengambilan tanah.

Selepas berlakunya kes bunuh diri ini, ada pihak yang cuba mempertahankan tindakan pengambilan tanah kerajaan, telah mengemukakan kematian Keluarga Pang tiada berkenaan dengan pengambilan tanah. Selain beliau, Pengerusi MCA Pengerang, Tan Yong Chen juga memaklumkan bahawa Pang pernah meminta bantuan dari pihaknya, dan bimbang masa depan selepas pengambilan tanah, serta pernah mengemukakan keinginan bunuh diri bersama anak isterinya.

Sehubungan dengan itu,Gabungan NGO berpendapat kenyataan Naib Pengerusi MCA Johor Jason Teoh yang berbunyi " Pihak yang mengemukakan kematian kes ini adalah disebabkan oleh pampasan pengambilan tanah, perlu meminta maaf kepada ahli keluarga si mati, penduduk Pengerang serta seluruh warga berbangsa Cina" tidak munasabah. 

Sebaliknya Gabungan NGO juga mendesak Jason Teoh meminta maaf kepada semua pihak atas kenyataan yang berat sebelah dan tidak keseluruhan ini. Gabungan juga mencabar Jason Teoh yang sebelum ini menyeru pihak polis supaya membuat siasatan dibawah akta hasutan terhadap beliau dan gabungan, mengikut jejak ahli gabungan untuk memberi lebih maklumat berkenaan kes bunuh diri. Ini untuk membuktikan kes bunuh diri ini tiada berkenaan dengan pengambilan tanah, dan bukan cuba membuat fitnahan dan cacian sahaja.

Munurut Chua Peng Sian lagi, gabungan juga ingin mengemukakan persoalan berkenaan kes bunuh diri ini di"politikan" yang dikemukakan oleh Jason Teoh. Persoalan tersebut ialahadakah tindakan yang dinbuat oleh Jason Teoh itu adalah tindakan politik kerana beliau jelas sekali tidak mengenali mangsa.Persoalan lain yang dibangkitkan ialah berkenaan janji yang diberikan oleh  Tan Yong Chenterhadap mangsa pengambilan tanah di Pengerang.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Gabungan NGO Pengerang Kecam Fitnah MCA"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini