Pakej Komunikasi Belia Tidak Memberi Manfaat Kepada Keseluruhan Remaja
Posted by Unknown on 7 Januari 2013 | 0 komen pembaca
Oleh: Liow
Cai Tung
Pakej Komunikasi Belia yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (Rebat RM200 untuk membeli telefon pintar kepada warganegara Malaysia yang berumur 21-30tahun) adalah tidak adil terhadap remaja yang berumur 21tahun ke bawah menurut Biro Pembangunan Remaja DAPSY. Perdana Menteri telah memberitahu rakyat bahawa Budget 2013 akan memberi manfaat kepada semua rakyat tetapi pakej ini telah menunjukkan perbezaan yang besar mengikut kata beliau.
Penggunaan telefon pintar dan produk komunikasi yang berteknologi tinggi yang lain dapat membantu remaja menerima pelajaran di luar sekolah. Teknologi yang tinggi seperti ini dapat meningkat peluang pelajaran kepada rakyat Malaysia terutamnya remaja. Di samping itu, ini dapat meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan urbanisasi dan globalisasi.
Menurut laporan kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Dunia 2012, remaja yang memasuki sekolah menengah di negara kita hanya enam puluh lapan peratus. Dengan erti kata lain kira-kira tiga puluh peratus daripada golongan muda tidak memasuki sekolah menengah tetapi turut bekerja dalam masyarakat. Golongan muda seperti inilah yang memerlukan pakej ‘Pelajaran Semula’ untuk meningkatkan diri bersaing dengan golongan yang lain tetapi mereka telah diabaikan oleh BN di bawah pimpinannya.
Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu contoh yang terbaik. BN harus memberi peluang yang sama semasa melaksanakan dasar-dasar. Bukan sahaja hanya memberi rebat kepada golongan muda berumur 21-30 tahun di mana golongan ini yang layak menjadi pengundi yang sah. Ini adalah tidak adil kepada golongan muda di bawah 21tahun di mana mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara kita.
Kerajaan BN telah menyatakan projek ini dapat meningkatkan kualiti hidup belia dan memgalakkan pergunaan internet, akan tetapi projek ini dilihat hanya satu cara untuk mengambil hati pengundi belia, yang ramai di antaranya adalah pengundi kali pertama.
Biro Pembangunan Remaja ingin mengingatkan bahawa pakej ini memerlukan pemohon menggunakan perkhimatan syarikat telekomunikasi yang ditetapkan, dan perlu menandatangani perkhidmatan mudah alih jalur lebar, dan tindakan ini kemungkinan akan menyebabkan pemohon tidak dapat menampung kos penyambungan perkhidmatan telekomunikasi. Ini juga menunjukan kegagalan kerajaan mengendali perkhidmatan telekomunikasi dengan gagal memberi kelajuan internet dengan harga perkhidmatan yang tinggi.
Disini juga Biro ingin menyeru kerajaan supaya meneliti semula pekej ini, dan membenarkan remaja yang tiada hak mengundi untuk mendapatkan kebaikan dari pakej ini. Selain itu, kerajaan juga perlu memperbanyak lagi syarikat perkhidmatan telekomunikasi, supaya perkhidmatan internet dapat dipertingkatkan kerana saingan.
* Penulis merupakan Ketua Biro Pembangunan Remaja dan Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAPSY Kebangsaan
* Penulis merupakan Ketua Biro Pembangunan Remaja dan Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAPSY Kebangsaan
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pakej Komunikasi Belia Tidak Memberi Manfaat Kepada Keseluruhan Remaja "
Leave a reply