You are here: Home / Politik, Suhaizan Kaiat / MB Johor Salah Maklumat Terhadap Sokongan PAS Di Johor
MB Johor Salah Maklumat Terhadap Sokongan PAS Di Johor
Posted by Unknown on 2 Januari 2013 | 0 komen pembaca
Oleh: Suhaizan Kayat
JOHOR BAHRU: Sinar
Harian hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor
Datuk Abd Ghani Bin Othman yang menyatakan bahawa kira-kira 90% orang
Melayu Johor menolak PAS. Kenyataan Datuk Abdul Ghani ini memberi maksud
bahawa PAS hanya mendapat sokongan orang Melayu Johor sebanyak 10%
sahaja. Kenyataan ini adalah tidak benar kerana sejak pilihanraya 1999
sokongan orang Melayu kepada PAS di Johor semakin meningkat. Walaupun
pada tahun 2004, Kerajaan Barisan Altenatif di Terengganu tumbang dan
Kelantan menang tipis tetapi sokongan orang Melayu di Johor meningkat.
Pada pilihanraya ke-12 tahun 2008, DUN Sungai Balang dalam Parlimen
Muar dengan peratus pengundi Melayu 71.38%, PAS memperolehi 42.42 %. Dun
Endau dalam parlimen Mersing dengan peratus pengundi Melayu 77.81 %,
PAS memperolehi 34.33 %. Dun Sri Medan dalam Parlimen Parit Sulong
dengan peratus pengundi Melayu sebanyak 89.35%, PAS memperolehi 27.99 %.
Data-data ini membuktikan bahawa sokongan pengundi melayu di Johor
kepada PAS sekitar 30% bukannya 10% seperti yang digambarkan oleh
Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.
Dengan penuh rendah diri PAS
Johor merayu tambahan sokongan 10% orang Melayu bagi menggantikan UMNO
dalam pilihanraya ke-13. Dengan bantuan parti rakan seperti PKR dan DAP
dan dengan izin Allah, Pakatan Rakyat boleh menawan Johor jika orang
Melayu meningkatkan sokongan hanya 10 % sahaja. Atas keazaman ingin
memberi yang terbaik kepada rakyat Johor maka PAS Johor telah membawa
balik YB Salahuddin Ayub dalam pilihanraya ke-13. Penerimaan rakyat
terhadap YB Salahuddin sangat membanggakan. Al-hamdulillah. Sehingga
UMNO terpaksa mengadakan retreat untuk menghadapi kepulangan YB
Salahuddin Ayub.
Mungkin juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor
mendapat maklumat yang salah daripada penasihat-penasihatnya dengan
memberi gambaran sokongan PAS di DUN Sedeli dan Penawar dimana PAS hanya
mendapat sokongan sekitar 10% sahaja. Mungkin sokongan inilah yang
digunakan oleh UMNO untuk mengukur kekuatan PAS di Johor. Malang bagi
Pengerusi Perhubungan UMNO Johor mendapat maklumat yang salah. Kedua-dua
DUN ini(Sedeli dan Penawar) adalah dalam kumpulan DUN gred C dan PAS
tidak meletakkan kedua-dua DUN ini dalam dun sasaran dalam pilianraya
ke- 13.
Saya yakin orang Melayu di Johor telah muak dengan
pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat Bahagian yang bercakaran untuk
merebut jawatan sehingga mereka melupakan tanggungjawab mereka kepada
rakyat yang mengundi mereka. Hanyalah pada musim pilihanraya pimimpin
UMNO memohon simpati rakyat. Rakyat Johor yang rata-rata terpelajar
tidak akan tertipu dengan gelagat pemimpin UMNO ini.Orang Melayu Johor
dengan sifatnya tidak suka menzahirkan sokongan kepada mana-mana parti
politik akan membuat keputusan yang tepat dalam pilihanraya akan datang.
*Penulis merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "MB Johor Salah Maklumat Terhadap Sokongan PAS Di Johor "
Leave a reply