Lagi Desakan Agar Hospital Baru Dibina
Posted by Unknown on 3 Januari 2013 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibn_Bacoks
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Ibn bacoks sebelum ini berhubung desakan banyak pihak agar Hospital Daerah Pontian dinaik taraf sepertimana yang dinikmati penduduk Kluang.
Katanya lagi, buat sementara ini, pihaknya tidak bercadang untuk mengambil tindakan rasmi dan akan terus membuat desakan dari masa ke masa.
“Sekiranya gesaan kita agar disegerakan pembinaan Hospital Baru terus tidak di layani, saya tidak akan teragak-agak untuk buat laporan rasmi kerana ia melibatkan nyawa pesakit.
“Bila–bila masa boleh diletupkan, cuma bersimpati dengan kakitangan yang gigih bekerja, malangnya serba kekurangan kelengkapan,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau berkata, Hospital Kluang yang baru sahaja dinaik taraf sebelum ini punyai sejarahnya yang tersendiri.
Hal ini kerana katanya, pembangkang dikatakan mempunyai sokongan yang kuat dan boleh memberi kejutan di situ.
“Mereka dahulukan Kluang sebab sejarah lampau DAP melalui Ahli Parlimen Lee Kaw suatu ketika dulu pernah mengalahkan calon BN untuk beberapa penggal PRU. Namun Pontian rakyat setia pada UMNO BN, meyebabkan mereka lalai,” katanya lagi
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Lagi Desakan Agar Hospital Baru Dibina"
Leave a reply