BlogList Malaysia

Selatan Online

YB Muhammad Taslim Hulur Bantuan Persekolahan Kepada Golongan Miskin

Posted by Unknown on 4 Januari 2013 | 0 komen pembaca


 Oleh: Muhammad Taqiuddin Bin Cheman



MUAR: Musim persekolahan 2013 semakin hampir. Kehadirannya sedikit sebanyak memberi kesan kepada para ibu bapa terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Menyedari akan beban yang ditanggung oleh ibu bapa penjaga para pelajar dan berbekalkan rasa tanggungjawab untuk meringankan beban mereka, Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Muar hari ini mengagihkan bantuan barangan persekolahan kepada 300 penerima yang terdiri dari kalangan golongan yang kurang berkemampuan.

Di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, penyampaian dilakukan oleh YB Dr Haji Muhammad Taslim. Sumbangan yang melibatkan 200 penerima itu telah disempurnakan di Parit Amal, Jalan Abdul Rahman. Penerima telah diberikan baucer untuk mereka berbelanja dan mendapatkan keperluan peralatan persekolahan mereka.

Sementara bagi zon Sungai Balang pula Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Muar, Tuan Haji Malik Bin Mohamed Diah telah menyampaikan baucer bertempat di Markaz Tarbiyah PAS di Parit Pechah. Malik juga turut mengiringi para penerima yang dibawa dengan bas yang disewa khas untuk berbelanja di sebuah Pasaraya di Bandar Maharani Bandar Di Raja Johor. Perkara ini dilakukan kerana mengambil kira tempat tinggal penerima yang jauh dari pusat membeli belah

Salah seorang penerima sumbangan tersebut, En Idris mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Muar yang perihatin dengan kesempitan yang dialami mereka. Sumbangan barangan berbentuk pakaian dan keperluan persekolahan yang diterima oleh beliau benar-benar membantu meringankan beban kewangannya dalam menghadapi musim persekolahan yang kian hampir.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "YB Muhammad Taslim Hulur Bantuan Persekolahan Kepada Golongan Miskin"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini