BlogList Malaysia

Selatan Online

SAMM Johor Akan Anjurkan Jelajah Anak Muda Menuju KL112

Posted by Unknown on 4 Januari 2013 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU:  Satu sidang media telah diadakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) bagi menghebahkan program Jelajah Anak Muda Menuju Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 di peringkat negeri Johor semalam.

Program tersebut akan berlangsung pada 5 Januari 2013, hari Sabtu di Padang PPR Kempas, Taman Kempas Permai, Johor Bahru akan membariskan 14 orang penceramah dari pelbagai NGO dan parti politik, antaranya Sdr. Che'gu Bard, YB Elizabeth Wong, YB Salahuddin Ayub, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Mazlan Aliman dan ramai lagi. Program akan bermula pada pukul 7.00 malam dimulai dengan solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib.

Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail menyatakan tujuan program ini adalah bagi mengembeling usaha mobilisasi dan juga membangkitkan kesedaran sivik masyarakat dalam mempertahankan hak mereka dari terus ditindas dan dizalimi oleh sebuah rejim korup yang senantiasa merompak hasil mahsul negara.

Beliau juga mengingatkan pihak rejim Ghani Othman untuk tidak melakukan sebarang perkara provokasi dan tidak menghantar samseng upahan serta menghormati pasukan PDRM yang telah memberikan kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan program tersebut. "Usah cuba untuk menghantar pasukan "samseng upahan" anda. Kita teruskan perbezaan pandang politik dengan hujah dan idea bernas bukan dengan pendekatan politik rimba ini",katanya lagi.

Menurutnya lagi, seorang Pembantu kepada Menteri telah datang bertemu penduduk PPR Kempas bagi tujuan untuk membincangkan perkara untuk mengganggu dan menggagalkan program rapat rakyat ini. Rejim UMNO/BN terus cuba ingin menghalang proses demokrasi dan kebebasan bersuara daripada diamalkan di negeri ini setelah cubaan mereka untuk mengheret pihak Polis DiRaja Malaysia gagal apabila PDRM memberikan kelulusan untuk menganjurkan rapat rakyat di lokasi yang tersebut walaupun pihak rejim melalui "askar upahan" mereka telah mengemukakan bantahan. Ini menunjukkan sikap sebenar rejim usang UMNO/BN yang tidak pernah menghormati Keluhuran Perlembagaan dan juga prinsip-prinsip Rukun Negara.

Penganjur juga telah menggerakkan skuad keselamatan yang terdiri daripada aktivis SAMM Johor dan Unit Amal untuk membantu pihak berkuasa dalam menjaga aspek keselamatan lokasi, trafik dan juga pengunjung serta penduduk setempat bagi mencegah daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. 

Ahmad Anwar turut menyeru semua rakyat Johor untuk bersama-sama mengambil peluang mencurah rasa secara aman akan segala kebejatan Rejim pimpinan Ghani Othman selama ini di Jelajah Anak Muda Menuju Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang PPR Kempas pada 5 Januari nanti. 



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "SAMM Johor Akan Anjurkan Jelajah Anak Muda Menuju KL112"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini