BlogList Malaysia

Selatan Online

Tawaran Untuk Wanita Malaysia

Posted by Unknown on 26 Februari 2013 | 0 komen pembaca


GELANG PATAH - Pakatan Rakyat telah menganjurkan program Pentas Wanita : Tawaran Untuk Wanita Malaysia bertempat di Taman Pulai Utama pada malam Sabtu yang lalu.

“Antara 3 ciri Agenda Wanita Malaysia iaitu pemberdayaan, pengiktirafan dan pelaksanaan. Beberapa insentif serta elaun bulanan yang akan diterima wanita khususnya suri rumah berpendapatan RM1,500 ke bawah bagi meringankan beban mereka.

“Caruman Wanita Nasional sebanyak RM50 bulanan dan caruman khas RM10 dari suami kepada isteri. Elaun khas bagi penjagaan anak bagi golongan wanita bekerja”, terang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, Kumutha Raman.

“Kecewa dengan pelbagai fitnah yang melanda negeri-negeri Pakatan Rakyat. Ini merupakan sikap sindrom huru-hara yang dimainkan UMNO bagi mengaburi fikiran pengundi ”, kata YB Haniza Mohamed Talha yang merupakan EXCO Wanita PKR Selangor.

Beliau yang merupakan juga Wakil Timbalan Speaker Selangor turut menjawab beberapa fitnah yang telah dilemparkan kepada kerajaan Selangor antaranya berkaitan isu ketidakcukupan air dan kes tuntutan ibu tunggal.

Antara penceramah lain yang turut hadir adalah Aiman Athirah Al-Jundi, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Liow Cai Tung, Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Natrah Ismail, Ketua Wanita PKR Johor dan Tan Poh Lai, Ketua Cabang PKR Johor.

Beberapa penipuan telah didedahkan bagi menjelaskan siapa sebenarnya yang telah merosakkan aqidah umat Islam dan memecahbelahkan bangsa Melayu.

“Kerajaan BN telah meluluskan kilang pengeluaran arak pada 1969-1970 dan meluluskan pembinaan gereja terbesar di Asia Tenggara, siapa sebenarnya yang merosakkan aqidah umat Islam? Sejumlah besar rezab Melayu telah dijual dan dijadikan kasino di Genting Highland, siapa sebenarnya yang tidak membela nasib Melayu?” , ujar Aiman Athirah Al-Jundi yang turut membentangkan 12 agenda yang digariskan PAS bagi mementingkan keluhuran Perlembangaan Malaysia dan Islam sebagai agama persekutuan.

Oleh: Nur Qurratun A'yun






**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Tawaran Untuk Wanita Malaysia"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini