BlogList Malaysia

Selatan Online

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Parit Makuaseng Keluar UMNO, Masuk PR

Posted by Unknown on 10 Mac 2013 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_Bacoks


image

PONTIAN – Program Jelajah Negara Berkebajikan (NB) di pekarangan Pusat Perniagaan Benut, dekat sini semalam, dikejutkan dengan pengakuan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO cawangan Parit Makuaseng, Hasan Yamani Nawek yang sudah tiada keinginan bersama UMNO kini mula beralih kepada Pakatan Rakyat (PR).
Ketika ditanya mengapa hasrat itu dilakukan, jawapan ringkas diberikan “Saya mahukan perubahan” memukau lebih 200 hadirin yang bersama sejak jam 3.00 petang lagi.
image

Pada program yang sama, seramai 8 orang anak muda membuat pengisytiharaan terbuka akan menyokong Pakatan Rakyat termasuk seorang dalam kalangan kaum Tionghua dan orang kurang upaya (OKU).
image

Sementara itu, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian, Tan Ah Kaw mengulangi pendiriannya dengan menyatakan akan berusaha memastikan para pengundi Cina Benut mendapat maklumat tepat dari sumbernya.
“Sokonglah Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti,” katanya pada hujung ucapan bernada Melayu dengan diiringi laungan Takbir dan reformasi.
Terdahulu, program dimulakan jam 3.30 petang sebelum nyanyian lagu Negaraku berkumandang, doa dibacakan oleh Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.
image

Pemberian belon hijau dan cenderahati termasuklah edaran t shirt kepada para pengunjung terutama kanak-kanak telah menaikkan seri majlis pada petang itu.
Meskipun hujan turun begitu lebat seuisai sahaja majlis, para pengunjung tidak berganjak dari situ berikutan tidak ingin melepaskan peluang bersalaman dengan YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.
image

Turut kelihatan, Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Onn Jaafar, Setiausaha PAS Johor, Normala Sudirman, Exco Dewan Muslimat Pusat, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd. Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Mohd Haniff Hosman, Naib Ketua AMK Johor.
image

Majlis turut diserikan dengan pelancaran van bakal calon  Dun Benut yang disempurnakan oleh Raden Sarobo. Manakala penyerahan replika kunci dilakukan sebagai simbolik kepada majlis tersebut.
image

Nor Azan Mohmad, pegawai khas Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut bertindak sebagai penerima replika van itu yang difahamkan turut dilengkapi satu set sistem audio.
image

Tinjauan Ibn bacoks mendapati, treler NB tiba awal dari masa yang dirancang di Benut akibat sedikit kerosakan pada sistem hidroliknya menyebabkan jelajah ke lokasi seterusnya telah ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Seorang pengunjung dari Johor Bahru berkata, dia bergegas ke Benut selepas mendapat tahu yang treler terbabit hanya akan berada di situ dan kemudian balik ke Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, sempat juga tengok treler itu depan mata. Saya dapat maklumat dari facebook Mtd Pas Benut yang Benut adalah destinasi terakhir jelajah minggu ini,” katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Parit Makuaseng Keluar UMNO, Masuk PR"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini