BlogList Malaysia

Selatan Online

Karnival PASTI Gelang Patah Tarik Perhatian Orang Ramai

Posted by Unknown on 12 Mac 2013 | 0 komen pembaca


GELANG PATAH – Karnival Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Gelang Patah 2013 telah berjaya diadakan di Hutan Bandar Mutiara Rini, semalam. Karnival yang berlangsung buat julung kalinya itu telah disertai oleh tujuh buah PASTI sekitar kawasan Gelang Patah.

Menurut Tn. Hj. Dzulkefly bin Ahmad, Penasihat PASTI Kawasan Gelang Patah di dalam ucapan perasmiannya menyebut penubuhan PASTI bertujuan untuk melahirkan generasi masa hadapan yang mempunyai nilai-nilai Islam yang kukuh.

Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan termasuklah penyertaan acara sukan rakyat daripada masyarakat sekitar yang turut sama hadir memeriahkan lagi karnival pada tahun ini. Antara acara sukan rakyat yang dipertandingkan adalah acara tarik tali, tuju tin, bowling kelapa dan anyaman ketupat.

Sesi penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Daud bin Mamat, Pengerusi PASTI Kawasan Gelang Patah merangkap Pengarah Karnival PASTI Kawasan Gelang Patah 2013.

PASTI Siswa 2 telah menjuarai keseluruhan acara yang dipertandingkan pada tahun ini menewaskan enam PASTI yang lain. 












**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Karnival PASTI Gelang Patah Tarik Perhatian Orang Ramai"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini