BlogList Malaysia

Selatan Online

Kesal : 20 Tahun Tiada Bekalan Elektrik

Posted by Unknown on 1 Mac 2013 | 0 komen pembaca


KULAI - Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik, akhirnya lebih 10 buah rumah di Jalan Simpang Renggam – Kulai berhampiran Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam terpaksa membuat keputusan untuk berpindah selepas harapan untuk memiliki bekalan elektrik selama ini dilihat seperti tiada penghujungnya.

Mohd Ja’afar bin Sari telah berniaga buah-buahan selama 20 tahun tanpa bekalan elektik. Kini jiran Mohd Ja’afar hanyalah tinggal sebuah kilang arang, sebuah kilang papan dan sebuah ladang ternakkan kambing.

Bagi peniaga kedai buah-buahan seperti Saudara Mohd Ja’afar terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM 300.00 sebulan berbanding RM 100.00 jika menggunakan bekalan elektrik TNB.

Pemilik kilang papan dan ladang ternakan kambing Saudara Mohd Tan Chan Bin Abdullah juga menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu. Kos sebanyak RM 7,000 sebulan terpaksa dibelanjakan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM 2,000.00 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB.

Pemohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan sebanyak dua kali dan juga pemakluman kepada YB Onn bin Mad Yassin (ADUN Layang-layang) sebanyak tiga kali. Setakat ini tiada sebarang tindakkan dibuat.

Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik berjarak dalam lingkungan 2 kilometer dan ia bukanlah satu alasan untuk tidak menyambungkan bekalan elektrik tersebut ke kampung berkenaan.

Tanah yang didiami penduduk di kampung ini berstatus Penempatan Berkelompok (GSA). Ini bermakna tanah sekitar Bukit Nyamuk adalah milik peribadi. Jika terdapat bekalan elektrik dikawasan ini maka ramai akan berpeluang membina rumah di kawasan terbabit.

Pihak TNB tiada sebarang masalah untuk membekalkan bekalan elektrik di kawasan ini jika terdapat peruntukan yang mencukupi daripada pihak kerajaan.

Justeru pihak kerajaan khususnya Pegawai Daerah Kluang wajar mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan ini.




**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Kesal : 20 Tahun Tiada Bekalan Elektrik"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini