BlogList Malaysia

Selatan Online

PAS Johor Umum 8 Kerusi Parlimen, 30 Kerusi DUN Hari ini

Posted by Unknown on 13 April 2013 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU – Kejutan demi kejutan menjelang pilihanraya umum 13 kali ini semakin rancak. Hari ini PAS Johor telah mengisytiharkan senarai akhir calon – calon yang bakal bertanding untuk kerusi parlimen dan DUN di negeri Johor.

Program yang bertempat di New York Hotel diserikan lagi dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Dato’ Deri Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Naib Presiden PAS diberi mandat mengumumkan senarai calon Parlimen yang bakal ditandingi oleh PAS di Johor.


"Jadi dengan rasminya saya mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 8 kerusi parlimen di Johor kali ini.

"Saya yakin Johor di bawah kepimpinan Dato Pesuruhjaya kita semakin berani kehadapan. Kita (PAS) telah banyak lakukan perubahan dan anjakan paradigma di Johor dan kita juga telah banyak menghasilkan produk-produk baru yang terbaik untuk kita tampilkan," jelas beliau. 



Menurutnya lagi, PAS kali ini hasil syura Dewan Ulama' sekali lagi akan menampilkan calon-calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan menggunakan lambang PAS.

"Kalau dulu 2008, kita telah kemukakan Kumutha a/p Raman mewakili PAS, pada kali ini kita sekali lagi kemukakan calon daripada kaum Tionghua untuk mewakili PAS," jelas beliau lagi.

Hu Pang Chau, yang juga merupakan Pengerusi DHPP Malaysia diberi mandat kali ini untuk bertanding menggunakan lambang PAS.Calon dari DHPP tersebut dikhabarkan akan bertanding di parlimen Ayer Hitam (P148) dalam PRU-13 akan datang. 

Selain Ayer Hitam, antara kerusi parlimen yang akan ditandingi oleh calon PAS adalah Pagoh (P143), Parit Sulong (P147), Kota Tinggi (P156), Pulai (P161) dan Simpang Renggam (P151).

Turut diberi penghormatan untuk bertanding kali ini adalah beberapa orang calon daripada wanita untuk bertanding di kerusi DUN.  


PAS Johor telah menampilkan 4 orang calon wanita yang antaranya adalah Puan Norhayati Bacok di DUN Jorak (N08), Cikgu Normala Sudirman di DUN Pemanis (N03), Saudara Anis Afida di DUN Penawar (N38) dan Saudara Kumutha a/p Raman di DUN Tiram (N40).

Majlis diakhiri dengan bacaan doa disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Deri Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.




**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "PAS Johor Umum 8 Kerusi Parlimen, 30 Kerusi DUN Hari ini"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini