BlogList Malaysia

Selatan Online

Menifesto Pakatan Rakyat Johor Disambut Tepukan Gemuruh Rakyat

Posted by Unknown on 13 April 2013 | 1 komen pembaca


JOHOR BAHRU - Majlis Pelancaran Menifesto Pakatan Rakyat Johor berlangsung dengan kehadiran luar jangka apabila ratusan rakyat Johor membanjiri Dewan Ballroom Hotel New York, Johor Bahru hari ini.

Majlis dihadiri oleh beberapa personaliti penting Pakatan Rakyat ini yang antaranya ialah Mursyidul Am, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Dato’ Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Dato’ Saifudin Nasution dan mantan ahli parlimen Ipoh Timur.

Beberapa janji yang mengutamakan kebajikan dan keutamaan rakyat dibentangkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut mantan ahli parlimen Kubang Kerian, Saudara Salahuddin Ayub, Menifesto Rakyat Johor yang dibentangkan hari ini jelas membuktikan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat Johor benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat Johor.

Antara yang disenaraikan dalam menifesto rakyat Johor adalah berkenaan pemberian kontrak secara terbuka, menghadkan pemerintahan menteri besar kepada dua penggal, membasmi rasuah dan ketirisan, mengkaji semula polisi penswastaan yang merugikan rakyat, 10 meter padu air percuma, kurangkan kadar cukai tanah dan kurangkan kadar cukai harta.


Selain itu, menifesto rakyat Johor ini juga mengemukakan bantuan RM1000 untuk kelahiran anak, gaji minimum RM1100 dan mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

"Kita yakin bahawa menifesto rakyat Johor yang diutarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat Johor mampu untuk meyakinkan seluruh warga Johor untuk memenagkan semua calon-calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam PRU-13 5 Mei ini," jelas belliau.






**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Menifesto Pakatan Rakyat Johor Disambut Tepukan Gemuruh Rakyat"

  1. Tanpa Nama says:

    Salam, diminta Pakatan Rakyat menyiasat pengagihan tanah2 yang sedang rancak dilakukan di beberapa bahagian di pontian bersebelahan kampung selangor, kota tinggi dan mersing. Lot2 tanah telah ditawarkan kepada pihak2 tertentu dengan harga serendah RM4000/lot (1 lot - 4 ekar) tapi berbeza mengikut tempat. Tanah didakwa tanah rizab melayu. Semua tanah adalah tanah kerajaan yang masih tidak mempunyai geran.

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini