BlogList Malaysia

Selatan Online

Tidak Bertamadun!

Posted by Unknown on 1 November 2011 | 0 komen pembaca


Oleh: MTD PAS Benut

BENUT, 31 Oktober 2011: ''Tidak Bertamadun''. Demikian reaksi spontan Ustaz Atan Gombang, Pengelola PAS Dun Benut kepada soalan yang berhubung dengan perbuatan sabotaj pihak tertentu pada papan tanda PAS di Cawangan Permatang Duku.

Menurut beliau lagi, PAS sebuah parti yang menjunjung perlembagaan dengan membenarkan berpersatuan dan mengamalkan kebebasan bersuara sudah pastinya tidak boleh menerima cara 'tidak profesionalnya' pihak yang iri hati kepada gerakan Islam itu.

Tambahan pula, hal demikian menggambarkan seolah-olah ada pihak yang berazam mengekalkan ciri-ciri jahiliyyah seperti mana yang dialami Nabi saw sewaktu berdakwah bila berdepan dengan golongan seumpama itu.

''Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perbuatan seperti itu dianggap tidak bertamadun.

''PAS sebuah parti yang sah. Sebagai warganegara, kita menjunjung perlembagaan. Kita bebas berpersatuan.

''Bertindaklah dengan berprofesional! (perbuatan) ini tak berakhlak. PAS tetap berpegang menggunakan pendekatan damai. Nampaknya ciri-ciri jahiliyyah masih wujud.'' terang beliau.

Semalam laman sosial facebook Mtd Pas Benut menjadi hangat dengan perbincangan berhubung perbuatan khianat terhadap papan tanda yang berusia dua bulan itu telah di sembur spray hitam milik PAS Cawangan Permatang Duku.

Beliau berkata lagi, kejadian sedemikian merupakan siri yang kedua. Sebelum ini juga didapati ada pihak yang berusaha menggagalkan program Hi Tea Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dengan menggantungkan banner berunsur provokasi pertengahan bulan lalu.

Beliau secara sinikal menyatakan penghargaan kepada pihak yang dianggapnya tidak bermoral dan menyarankan agar pengikutnya dididik dengan baik.

''Terima kasih kerana buat kerja yang tak bermoral. Didiklah anak buah jadi baik.'' ujarnya lagi

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat penuh Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut di Bilik Gerakan MTD Benut, Kampung Asam Kumbang Benut, dekat sini, semalam

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Tidak Bertamadun!"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini