BlogList Malaysia

Selatan Online

Salahuddin Ayub: Gaji Minimum RM900 Tidak Relevan

Posted by Unknown on 12 Mei 2012 | 6 komen pembaca


 Oleh: Ibn_Bacoks

JOHOR BAHRU – Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS mendakwa keadaan taraf hidup semasa yang semakin tinggi adalah tidak relevan bagi kakitangan swasta mempunyai paras gaji minimum sebanyak RM900 sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru tambahnya dengan menyarankan agar Kerajaan UMNO mengikut jejak langkah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor yang melaksanakan dasar gaji minimun sebanyak RM1,500 sebulan.

”Jumlah itu (RM900) tidak cukup. Di Selangor sahaja gaji minimum yang sudah ditetapkan adalah paras RM1,500.

”Jika kerajaan Selangor boleh laksanakan begitu, mengapa Kerajaan Pusat hanya mampu beri RM900 sahaja.

”Dan sekiranya perjanjian di antara Malaysia dan Indonesia menetapkan gaji RM700 bagi pembantu rumah melakukan satu kerja sahaja, jadi gaji minimum RM900 yang diumum adalah tidak munsabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Salahuddin menyangkal dakwaan media berhubung rempuhan penghadang jalan oleh Jabatan Amal Malaysia semasa perhimpunan BERSIH 3.0 lepas.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak agar satu jawatankuasa siasatan Diraja (RCT) ditubuhkan bagi mengetahui kejadian sebenar yang menyebabkan berlaku provokasi dalam perhimpunan terbabit.

”Sekiranya pihak polis mempunyai bukti, kita juga mempunyai bukti dan kami mahu RCI ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.

”Kita mempunyai banyak dokumen tentang bagaimana provokasi perhimpunan itu berlaku,” ujarnya lagi.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


6 komen pembaca for "Salahuddin Ayub: Gaji Minimum RM900 Tidak Relevan"

  1. kampong lad says:

    pencen kerajaan min rm720.....tak perlu pi pejabat & tak buat kerja. rm900/bulan kena ambil kira 1. dia kena kerja 2. dia kena keluar modal utk pergi kerja contoh tambang bas, belanja makan minum diluar mahal dari masak dirumah. rm1,400/rm1,500 adalah sangat berpatutan. rm720/30 hari = rm24 ertinya kalau dia tidur 8 jam/hari dia dapat rm8.....tidoq pun dapat duit.

  2. Tanpa Nama says:

    Selangor gaji minima 1500 tu semua anak syarikat ker pudin?biar terang skit klau nak up pun.

  3. Tanpa Nama says:

    Selangor gaji minima 1500 tu semua anak syarikat ker pudin?biar terang skit klau nak up pun.

  4. Tanpa Nama says:

    Selangor gaji minima 1500 tu semua anak syarikat ker pudin?biar terang skit klau nak up pun.

  5. Tanpa Nama says:

    Tubuh RCI siasat kes puduraya amcam ok x abg don? Kah kah kah

  6. Tanpa Nama says:

    Penipu besor anak ayop nih. Bgtahu aku kat maner kat selangor gaji minimum rm1,500. Patutlah kena kick balik johor, rupa2nyer org kelate dah tak tahan temberang dia nih. Menyebut main sedap mulut. Bangang!!!!

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini