BlogList Malaysia

Selatan Online

Dato' Thamrin Tun Ghafar: Saya Diugut Pemimpin UMNO

Posted by Unknown on 30 Jun 2012 | 0 komen pembaca


PULAI- Keputusan Dato' Thamrin Tun Ghafar Baba untuk berceramah di pentas Pakatan Rakyat mengundang resah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sehingga menyebabkan beliau ditelefon oleh individu yang tidak dikenali. individu tersebut telah mengugut beliau agar menghentikan segala bentuk ceramah di pentas Pakatan Rakyat.

"Saya ini masih lagi ahli UMNO. Saya dihubungi oleh orang UMNO yang tidak senang saya bersama tuan-tuan pada hari ini di pentas Pakatan Rakyat. Mereka minta saya hentikan segera program-program ceramah di pentas Pakatan Rakyat. Jika saya enggan, saya turut akan menjadi sebahagian daripada individu yang akan diserang seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain"

"Saya tidak gentar dengan ugutan mereka. Saya sekarang ini berasa sangat selesa bercermah di pentas Pakatan Rakyat.  Saya tidak akan berselindung lagi dalam menyatakan kebenaran dan membongkar segala salah laku yang berlaku di dalam UMNO" jelas beliau lagi yang merupakan anak kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Ghafar Baba dan juga pernah memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Dato' Thamrin Tun Ghafar juga menyatakan bahawa beliau juga sudah lama tidak mengundi UMNO dan mengajak rakyat Johor utnuk tidak lagi menyokong UMNO sebaliknya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Sudah lama saya tidak undi UMNO ini. Saya harap tuan-tuan juga jangan undi UMNO dan berikan undi kepada Pakatan Rakyat. Saya juga tidak pernah gentar jika saya dipecat dari UMNO" ujar belaiu lagi semasa majlis bersama anak-anak negeri Kelantan di PPR Kempas.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Dato' Thamrin Tun Ghafar: Saya Diugut Pemimpin UMNO"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini