BlogList Malaysia

Selatan Online

Penduduk Kempas Sambut Meriah Kedatangan Menteri Besar Kelantan

Posted by Unknown on 1 Julai 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Dewan Pemuda PAS Pulai

KEMPAS - Ribuan hadirin yang terdiri sebahagian besarnya masyarakat sekitar Kempas dan penduduk flat PPR Kempas Permai menghadiri rapat rakyat dan jamuan perdana sempena Himpunan Hijau peringkat Negeri Johor yang berlangsung semalam.

Antara kepimpinan tertinggi yang hadir pada majlis yang bersejarah ini adalah Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Johor merangkap Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Kempas sdr Suhaizan Kaiat dan tetamu istimewa Dato' Tamrin Tun Ghafar bekas ahli Parlimen Batu Berendam dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Majlis yang julung-julung kali diadakan ini cukup meriah dengan masyarakat setempat bergotong royong mengadakan kenduri serta menyembelih dua ekor lembu sebagai hidangan istimewa pada majlis tersebut. Rapat rakyat ini turut diserikan dengan pidato daripada tetamu kehormat yang hadir. Antaranya adalah amanat daripada Suhaizan Kaiat yang berjanji untuk membela nasib rakyat terbanyak di sini yang rata-ratanya berpendapatan rendah serta bersedia untuk membantu masyarakat setinggan yang diusir tanpa sebarang pampasan sekiranya diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di Kempas. Amanat beliau itu mendapat perhatian dan tepukan gemuruh daripada penduduk yang hadir.

Menurut salah seorang penduduk, majlis yang semeriah ini belum pernah berlaku di mana semua orang bersatu membentuk jemaah dan ahli jawatankuasa sementara bagi melancarkan segala program yang diatur. Rakyat boleh bersatu dan memberikan komitmen yang tiada berbelah bahagi tanpa sebarang upah dan bayaran bagi matlamat menjayakan program yang bersejarah ini.

Pada program ini sumbangan bantuan keperluan harian turut diagih-agihkan kepada beberapa keluarga yang memerlukan. Sesungguhnya jalinan kemesraan antara rakyat dan kepimpinan PAS sama ada peringkat negeri mahupun pusat akan terus akrab dan berkekalan dalam usaha kita membantu mengembangkan syiar Islam di kalangan masyarakat.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa sementara progam Jamuan Perdana Rakyat Taman Kempas Permai, YB Salahuddin Ayub, Sdr Suhaizan Kaiat, Pusat Aduan Rakyat Kempas, PAS Kawasan Pulai, DPP Kawasan Pulai, Dewan Muslimat Kawasan Pulai, pihak pengurusan Taman Kempas Permai dan semua yang turut terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Penduduk Kempas Sambut Meriah Kedatangan Menteri Besar Kelantan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini