Cikgu Mala Kesal Hukum Hudud Dipermainkan
Posted by Unknown on 14 Ogos 2012 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU: Cikgu Mala melahirkan rasa kesal dan dukacita atas tindakan pihak tertentu yang mempermainkan hukum hudud sekaligus mengaitkan isu ini dengan parti DAP. Bulan Ramadhan seharusnya dihormati di mana terdapatnya hari Nuzul Quran yang merupakan peristiwa cukup bersejarah kepada Ummat Islam. Hukum Hudud merupakan suatu perundangan Islam yang diciptakan oleh ALLAH SWT kepada hambaNYA yang beragama Islam seharusnya tidak dihina, diperlekehkan dan dispekulasikan untuk menjadi bahan polimik pilihanraya oleh UMNO demi meraih kemenangan dunia yang sementara.
Beliau juga melahirkan kesedihannya atas tindakan kepimpinan tertinggi UMNO Barisan Nasional yang membiarkan MCA terus menghina hukum Hudud dengan mengatakan ’hilang akal dan gila’ apabila ada kalangan YB UMNO sendiri mencadangkan agar hukum Hudud dilaksanakan di negeri Johor baru- baru ini.
”Menteri yang sama juga pernah menghina saya apabila memilih dan memegang prinsip untuk tidak bersalaman kepada lelaki yang bukan mahram ketika Pilihanraya Kecil Tenang Januari 2011 yang lalu.Apa yang saya kesalkan adalah, mengapa tiada seorang pun pimpinan tertinggi UMNO yang menegur bila rakan dari komponen parti itu menghina hukum Islam yang termaktub dalam Al- Quran” katanya lagi.
”Seharusnya setelah 55 tahun merdeka, prinsip anutan beragama Ummat Islam khususnya, dan prinsip beragama semua kaum di Malaysia dihormati dan tidak dihina sebegitu rupa.Lebih – lebih lagi, telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia bahawa agama rasmi di Malaysia adalah Agama Islam. Jadi,mengapa lebih 50 tahun di bawah pentadbiran UMNO Barisan Nasional,mereka masih gagal memahamkan rakan komponen mereka seperti MCA?.Yang peliknya, mereka cuba mengaitkan isu Hudud dengan DAP sedangkan UMNO Barisan Nasional sendiri yang majoriti ahlinya beragama Islam pun menolak Hukum Hudud sejak dahulu lagi”, tegasnya dengan nada kesal.
Selaku Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Johor ,beliau menyeru agar semua pihak agar menghormati kemuliaan dan kesucian Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan agar menghentikan sentimen agama Islam dipermainkan .Isu penghinaan Hukum Hudud ini amat menghiris hati ummat Islam.Jangan sampai sehingga kesabaran Ummat Islam dicabar , hingga akhirnya rasa tidak puas hati timbul dan menyebabkan implikasi negatif berlaku .
”Kita tidak mahu sehingga berlaku demonstarasi atau rusuhan kaum jika isu ini dibiarkan berlarutan. Pihak pemerintah seperti UMNO yang telah mentadbir lebih 50 tahun di Malaysia harus menghentikan isu ini dan tidak disensasikan di media aru perdana , media elektronik dan media bercetak seperti Utusan Malaysia mutaakhir ini yang mengaitkan dengan Parti DAP.”
” Saya bimbang isu ini akan menimbulkan perasaan benci, tidak selesa serta mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.”Ujarnya penuh harapan.
Selaku EXCO Dewan Muslimat Pas Pusat beliau menyarankan agar sudah sampai masanya program pencerahan minda tentang Hukum Hudud diperbanyakkan melalui penganjuran seminar , diskusi ilmu , simposium atau program penerangan agar orang bukan Islam memahami dengan baik isu ini.
”Bukan sahaja bagi orang bukan Islam, tetapi yang lebih penting adalah ramai lagi Ummat Islam yang masih lagi keliru dengan Hukum Hudud yang termaktub dalam Al- Quran ini. Sehingga ada yang boleh mengatakan dan mengklasifikasikan itu ”Hudud Versi PAS” dan mahukan ”Hudud Versi UMNO”. Sudah pasti kenyataan ini semakin mengelirukan lagi Ummat Islam yang masih jahil atau kurang mendalami isu ini kalangan golongan marhaen di bawah.Sedangkan Hukum Hudud hanya satu iaitu yang termaktub dalam Al- Quran, Tidak ada ’Hudud Versi UMNO’ atau ’Hudud Versi PAS’. Hudud yang diperjuangkan oleh PAS walaupan berdepan dengan cemuhan , penghinaan dan ejekan oleh UMNO Barisan Nasional selama ini sebenarnya tidak lari dari acuan Kitab Suci Al- Quran,kerana apa yang kami cari adalah keredhaan ALAH SWT semata- mata.Tidak ada yang lain ”, tegasnya lagi .
”Pas adalah parti dakwah dan parti siasah .Jadi ,tanggungjawab kami adalah tidak akan pernah jemu untuk memahamkan rakan Pakatan Rakyat daripada DAP yang masih belum benar- benar memahami isu Hudud ini, kerana kami berkawan dengan DAP tidak sampai 5 tahun.Berbanding UMNO dan MCA yang telah berkawan lebih daripada 50 tahun. Seharusnya mereka lebih memahami isu Hudud dan isu bersalaman lebih baik daripada DAP”,Ujarnya menaruh harapan.
Beliau merujuk isu Hukum Hudud yang mula dipersendakan oleh sesetengah pihak termasuk edaran risalah yang menghina Hukum Hudud di sekitar Labis pada tahun lepas dan di Benut , Pontian baru- baru ini.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Cikgu Mala Kesal Hukum Hudud Dipermainkan "
Leave a reply