Program Edaran Hamper Kepada Penjawat Awam Bertugas Musim Raya
Posted by Unknown on 18 Ogos 2012 | 0 komen pembaca
Nusajaya, 17 Ogos - Anggota penjawat awam di kalangan pegawai polis dan bomba di kawasan ini menyambut mesra kedatangan Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub bersama Wakil Badan Perhubungan PAS negeri Johor, Encik Onn Jaafar, Ketua Penerangan PAS kawasan Gelang Patah, Encik Ayub Embong, dan beberapa orang ahli PAS negeri Johor semasa program edaran hamper kepada penjawat awam yang bertugas pada musim hari raya.
Program yang bermula pada pukul 10 malam itu bertujuan untuk meraikan semua penjawat awam yang bertugas pada hari raya, dengan edaran sumbangan berupa hamper kepada pegawai polis dan bomba di sekitar kawasan Gelang Patah sebelum rombongan bergerak ke parlimen Pulai. Melalui program tersebut, rombongan PAS berpeluang untuk beramah-mesra dan mengeratkan silaturrahim sesama penjawat awam yang terlibat. Diharapkan juga agar penjawat awam yang bertugas mendapat sokongan moral untuk memberi khidmat terbaik buat negara sepanjang musim perayaan.
Antara balai polis dan balai bomba yang terlibat dalam program edaran hamper adalah di sekitar Kangkar Pulai, Taman Universiti, Mutiara Rini, Nusajaya, dan kawasan Pulai. Pihak penjawat awam yang menerima sumbangan hamper sangat menghargai pemberian dari rombongan PAS yang telah datang membuat edaran.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Program Edaran Hamper Kepada Penjawat Awam Bertugas Musim Raya"
Leave a reply