10 Kawasan Perumahan Miliki Taman Mainan yang Mengecewakan
Posted by Unknown on 12 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibnu Bacoks
JOHOR BAHRU – DAP bagi DUN Stulang melahirkan rasa kesal apabila taman permainan di sepuluh kawasan perumahan kebanyakannya tidak berfungsi dan tidak dapat digunakan.
Ketua Pusat Aduan DAP Johor Bahru, Andrew Chen Kah Eng berkata kecederaan boleh berlaku sekiranya peralatan itu digunakan oleh kanak-kanak tanpa dipantau ibu bapa masing-masing.
Katanya lagi, sebanyak 71 kerosakan telah dikesan termasuklah di Taman Pelangi, Taman Maju Jaya, Taman Iskandar, Taman Sri Tebrau, Kampung Menteri Sulaiman, Taman Sri Stulang dan Perumahan Rakyat Iskandar.
"Kerosakan alat permainan seperti jongkang jongket, tempat duduk dan meja, papan tanda dan lampu telah kami rekodkan.
"Bukan itu sahaja, tinjauan juga mendapati rumput di dua kawasan taman permainan tidak dipotong dan kebersihan kurang memuaskan. Ini dikhuatiri menimbulkan masalah lain termasuk haiwan berbisa," katanya lagi.
Sehubungan itu, Andrew yang juga Setiausaha Pemuda DAP Johor berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat bertindak segera dan memikirkan cara terbaik memulihkan semua taman permainan ini agar dapat digunakan semula.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "10 Kawasan Perumahan Miliki Taman Mainan yang Mengecewakan"
Leave a reply