BlogList Malaysia

Selatan Online

Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013

Posted by Unknown on 12 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


KUALA LUMPUR - Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut bagaimanapun digantikan dengan pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan pada tarikh yang sama.

"Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sudah pun bersetuju untuk diadakan pelancaran himpunan ini dan kita akan adakan perhimpunan ini di peringkat zon dan negeri," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mohamad berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan tarikh 12 atau 19 Januari tahun hadapan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai kemuncaknya dan memohon penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.

"Kita harap pihak stadium menghormati seruan Perdana Menteri agar setiap perhimpunan diadakan di stadium dan memberi kebenaran kepada kita untuk menggunakan salah satu stadium itu," katanya.

Namun katanya, sekiranya permohonan menggunakan stadium tidak diluluskan, himpunan tersebut akan tetap diadakan di jalan raya.

"Kita akan tetap berhimpun di luar stadium jika tidak dibenarkan menggunakan stadium," katanya.

Tambah beliau, peserta digalakkan memakai empat warna ke himpunan tersebut iaitu kuning, merah, oren dan hijau.

"Warna kuning sebagai menyokong semangat Bersih, hijau sebagai menyokong Lynas, oren sebagai menyokong perjuangan ANAK dan merah sebagai menyokong royalti Kelantan," katanya lagi.

Himpunan itu bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah. Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk menggunakan Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 3 November ini.

"Kita mohon untuk buat di Padang Majlis Perbandaran Seremban supaya ada ruang yang mencukupi untuk aktiviti," katanya.

Turut bersama pada sidang media, Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai), Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Dr. Siti Mariah (PAS-Kota Raja), Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain.

sumber: harakah


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini