Ahli Majlis MCA Johor Jaya Pembohong
Posted by Unknown on 12 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Abusiraj Almuner
PERMAS, 12 Oktober - Sidang Media Pakatan Rakyat oleh Jimmy Puah, dari Pusat Khidmat Masyarakat PKR dan Tuan Syed Othman, penyelia PAR PERMAS di kedai Makan Hao Yu, Johor Jaya pagi tadi membangkitkan aduan peniaga sekitar Jalan Bakawali mengenai isu kelewatan menyiapkan projek menaiktaraf longkang serta jalan utama di Jalan Bakawali 9, Taman Johor Jaya. Jalan tersebut yang ditutup hampir 3 bulan telah menimbulkan banyak masalah kepada peniaga setempat. Mengikut papan tanda yang dipasang, tarikh siap menaiktaraf ini adalah pada 1 Oktober lepas.
Masalah ini telah disiarkan oleh akhbar China Express pada 2 Oktober lepas setelah sidang media serupa diadakan. Dengan tersiarnya isu berkenaan, ahli Majlis Johor Jaya dari MCA, Tan Chun Peng telah menemui pengadu dan menjelaskan sebab kelewatan tersebut. Beliau menjelaskan bahawa kontraktor yang dilantik tidak ada pengalaman untuk menjalankan kerja-kerja menaiktaraf dan kontraktor tersebut akan ditamatkan kontraknya. Katanya lagi, dalam masa satu minggu, kontraktor baru akan dilantik dan berjanji akan menyiapkan projek tersebut dalam masa 3 minggu setelah kontraktor baru dilantik.
Peniaga telah bertemu dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (MPJBT) semalam dan telah dimaklumkan oleh YDP sendiri bahawa tiada kontraktor baru akan dilantik untuk menyambung kerja-kerja menaiktaraf ini. Kerja-kerja menaiktaraf ini katanya lagi akan siap sepenuhnya pada 5 November.
Menurut Jimmy Puah apa yang amat dikesalkan ialah Ahli Majlis Johor Jaya Tan Chun Peng ini sanggup berbohong kepada peniaga, khususnya rakyat yang sedang menghadapi masalah.
"Sebelum ini saya telah menulis surat kepada pihak MPJBT supaya mengkemukakan salinan perjanjian kontrak terdahulu dengan kontraktor yang telah dibatalkan dan juga salinan perjanjian kontrak dengan kontraktor yang telah dilantik untuk menyambung kerja-kerja itu, tetapi tidak mendapat maklumbalas dari MPJBT," ujarnya.
Penyelia PAR PERMAS, Tuan Syed Othman berkata pelantikan kontraktor baru untuk menyambungkan kerja-kerja tersebut bukan dapat dilakukan dalam tempoh seminggu sahaja kerana ia akan melibatkan banyak pihak untuk mendapakan kelulusan.
"Memandangkan keadaan projek sekarang, adalah mustahil ia boleh disiapkan dalam tempoh 3 minggu. Kenapa kontraktor tidak berpengalaman boleh dilantik untuk kerja-kerja ini? Kita semua minta perjelasan apa yang sebenarnya berlaku," kata Tuan Syed Othman.
Seusai sidang media tersebut, sekumpulan pemuda UMNO Johor Jaya telah datang untuk meminta penjelasan dari Tuan Syed Othman dan Jimmy Puah. Mereka berkata mereka ingin mendengar dari kedua-dua belah pihak. Menurut Firdaus Che Aman, 25 tahun, beliau memohon agar kepentingan rakyat seperti ini perlu disegerakan untuk kemudahan rakyat.
Meninjau lokasi projek didapati kontraktor lama masih menjalankan kerja-kerja pembinaan.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Ahli Majlis MCA Johor Jaya Pembohong"
Leave a reply