BlogList Malaysia

Selatan Online

Bangkai Ikan Masih Muncul di Sungai Buntu

Posted by Unknown on 12 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


PENGERANG, 11 Oktober - Pada tengah hari 9 Oktober, Ahli Jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang, Hong Thian Hwa dimaklumkan oleh nelayan bahawa terdapat 4 orang Pegawai Jabatan Perikanan telah bertolak dari Sungai Buntu untuk membuat persampelan terhadap air laut dan ikan.

Hong juga dimaklumkan bahawa, nelayan mendapati bilangan sejumlah 40 sehingga 60 bangkai ikan terapung di pantai dari Sungai Buntu sehingga ke Tanjung Sungai Kapal.

Akan tetapi lebih kurang pada 3 petang, apabila Hong membuat rondaan dengan sampan di pantai berkenaan, cuma segelintir bangkai ikan didapati, dan tidak kelihatan bilangan besar bangkai ikan yang terapung.

Mengikut pengalaman nelayan, bukan semua spesies ikan yang bangkainya terus terapung selepas kematian. Ada spesies ikan yang bangkainya cuma akan terapung selepas 3 hingga 4 hari kematian. Pada waktu yang sama, arus lautan dan aliran angin juga akan menghanyutkan bangkai ikan ke lokasi berlainan, menyebabkan sukar mengenal pasti tempat sebenar kematian kumpulan ikan.

Perkara yang berlaku berturut-turut, termasuk ramai penduduk yang terhidu bau gas yang tidak dikenalpasti, serta bilangan besar kumpulan ikan yang mati, telah merisaukan penduduk Pengerang. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah membuat penyiasatan secepat mungkin, dan seterusnya membuat penjelasan kepada orang awam berkenaan hasil penyiasatan, untuk mengelakkan khabar angin terus merisaukan penduduk, dan seterusnya menjejaskan sektor perikanan tempatan.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Bangkai Ikan Masih Muncul di Sungai Buntu"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini