BlogList Malaysia

Selatan Online

Mohon Jalan Pintas Dibuka

Posted by Unknown on 10 Disember 2012 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU – Penduduk dari Taman JP Perdana, di sini, memohon agar laluan Jalan Persiaran Jaya Putra yang menghubungkan pasar dan balai polis berhampiran dibuka kepada orang ramai.

Wakil penduduk, Ching Kim Choon, 51, mendakwa, laluan itu sepatutnya dibuka bagi memudahkan orang ramai untuk ke pusat komersil Setia Indah yang terletak kurang satu kilometer dari penempatan mereka.

“Saya telah tinggal di sini sejak lima tahun lalu, dan mengikut pelan pembangunan yang dirancang di situ, ada sebuah jalan yang menghubungkan perumahan ini ke pasar berdekatan.

“Saya tidak faham mengapa laluan ini tidak dibuka kepada orang awam sedangkan ia telah lama siap.

"Akibat adanya pengadang ini, kami terpaksa berpusing sejauh lima kilometer dengan memakan masa 10 minit, sedangkan hakikatnya ia terletak kurang satu kilometer dari rumah,” katanya.

Manakala bagi pesara, Mohd Sapar, 58, juga kesal dengan penutupan laluan itu kerana laluan memberi kemudahan buat ramai orang jika ianya dibuka.

“Pernah berlaku kecemasan untuk ke balai polis, kami terpaksa berpusing jauh dan mengambil masa yang panjang untuk menemui pihak berkuasa,” katanya.

Aduan terbabit turut disuarakan kepada Timbalan Setiausaha PKR, Steven Choong yang telah mengajukan permasalahan penduduk di situ ke pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kami telah rujuk perkara ini untuk tindakan PBT untuk memberi perintah membuka laluan ini,” katanya.

Permasalahan penduduk tersebut turut diajukan kepada pemaju berkenaan dan menurut jurucakapnya, jalan terbabit merupakan laluan persendirian yang hanya akan dibuka sebaik semua projek pembangunan siap dalam tempoh tiga tahun.

“Kita menutup laluan tersebut bagi kenderaan kerana ia berbahaya buat pengguna melalui jalan tersebut dan kami mempunyai kuasa kerana ia milik persendirian.

“Bagaimanapun terdapat kenderaan seperti motosikal yang tetap menggunakan laluan itu secara tidak sah. Kita tidak menghalang namun sekiranya berlaku sesuatu ia di bawah tanggungjawab individu tersebut,” katanya.


Sumber: Sinar Harian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Mohon Jalan Pintas Dibuka"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini