BlogList Malaysia

Selatan Online

Pakatan Rakyat Siap Sedia Menang Balik Perak

Posted by Unknown on 10 Disember 2012 | 0 komen pembaca



GELANG PATAH – UMNO-BN bakal berpatah arang dalam mempertahankan kerajaannya di Perak berikutan kira-kira 70 peratus sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) adalah terdiri daripada kakitangan awam negeri itu, dakwa YB Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak.

“Pakatan Rakyat sudah siap sedia menang balik Negeri Perak, kerana terdapat 70% kakitangan kerajaan sokong Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Facebook Keadilan Johor.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Jamuan Makan Malam anjuran Keadilan Gelang Patah, dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau menyelar kenyataan para pemimpin UMNO yang mahukan rakyat menyokong mereka sedangkan parti itu berdepan dengan kemelut rasuah dan salah guna kuasa.

“Najib dan Mahathir kata rakyat tak perlu “ubah” kerana sudah dapat apa yang dikehendaki. (sedarlah) Rakyat nak sebuah kerajaan yang tidak rasuah. Tapi semua orang tahu kerajaan sekarang memang korupt tak kira besar atau kecil,” tegasnya lagi.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pakatan Rakyat Siap Sedia Menang Balik Perak"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini