Penyokong Tegar MCA Buat Aduan Kepada PAR Permas
Posted by Unknown on 10 Disember 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibnu Bacoks
PASIR GUDANG – Seorang penyokong tegar MCA-BN dikatakan telah membuat aduan kepada Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas berhubung masalah saluran kumbahan yang pecah di Taman Megah Ria, dekat sini, semalam.
Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya pernah mengajukan kepada pihak terbabit tetapi setelah diperbaiki ia kembali rosak hingga tiada tanda-tanda masalah ini akan diselesaikan.
Beliau berkata, aduan ini telah diadukan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) Johor pada 4 Disember lepas.
Syed Othman yang juga AJK PAS Johor memberi tempoh seminggu kepada pihak berkaitan supaya dapat menyelesaikan masalah sebelum satu memorandum daripada penduduk akan diserahkan.
“Kenapa pihak yang bertanggungjawap terhadap penyelengaraan ini tidak cuba menyelesaikan masalah yang berlarutan ini? Umpama masalah rakyat tidak diendahkan tetapi duit mahu!!!!!
“Penduduk di taman ini telah membayar kepada pihak yang bertanggungjawab menyelenggara sistem kumbahan ini..bukan percuma,” tegasnya lagi yang dipetik daripada Facebook Abusiraj Almuner.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di kuil Guan Yin, Jalan Kempas 10, Taman Megah Ria, di sini.
Hadir sama, Jimmy Puah, Ketua Biro Guaman PKR Johor.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Penyokong Tegar MCA Buat Aduan Kepada PAR Permas"
Leave a reply