Perkuburan Nenek Moyang Orang Asli Simpang Arang Ditimbus
Posted by Unknown on 7 Disember 2012 | 1 komen pembaca
GELANG PATAH – Sekumpulan orang asli dari Kampung Simpang Arang bangkit menyatakan rasa tidak puas hati akibat tanah perkuburan nenek moyang mereka telah ditimbus oleh pemaju projek yang tidak bertanggungjawab.
Wakil dari penduduk orang asli kampung berkenaan yang dianggarkan kira-kira terdapat 700 orang penduduk daripada 160 keluarga tampil memberikan respon terhadap beberapa permasalahan yang timbul.
Menurut Mohd Iskandar, 20 tanah perkuburan yang berusia kira-kira ratusan tahun yang melibatkan puluhan generasi itu lenyap sekelip mata disebabkan projek akan dibangunkan di kawasan berkenaan.
“Tanah kubur nenek moyang kami berusia ratusan tahun, mereka timbus untuk buat projek. Bertimbang rasa sikit, kami pun ada perasaan juga.
“Baru –baru ni ada satu syarikat lain datang nak buat projek di sebelah darat, tapi diorang ada datang dan bincang dengan kami apa yang orang asli mahukan, macam ni la yang kita mahu, datang dan bincang. Bukannya buat projek dan lepas tu lari,” jelas beliau.
Menurutnya lagi, memorandum daripada seluruh penduduk orang asli telah dihantar kepada 18 pejabat dan agensi yang berkaitan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, namun apa yang menyedihkan tidak ada sebarang maklum balas susulan daripada agensi terbabit.
Menurutnya lagi, memorandum daripada seluruh penduduk orang asli telah dihantar kepada 18 pejabat dan agensi yang berkaitan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, namun apa yang menyedihkan tidak ada sebarang maklum balas susulan daripada agensi terbabit.
“Kita dah hantar memorandum sekitar bulan Jun dan Julai yang lalu kepada 18 pejabat, tapi tak ada satu maklum balas pun yang kami dapat.
“Kami bukan nak ganggu orang lain cari makan, kami hanya nak hak kami,” jelas beliau lagi yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Orang Asli Simpang Arang.
Kira-kira hampir 30 orang penduduk orang asli dengan 10 buah bot bersama-sama ke tapak projek yang merupakan tanah perkuburan nenek moyang mereka pada asalnya yang telah ditimbus oleh pasir.
Tambah beliau, projek berkenaan bukan sekadar menimbulkan rasa marah dan benci mereka terhadap kerajaan negeri Johor akibat hilangnya warisan nenek moyang mereka, malah yang lebih menyukarkan kehidupan mereka hari ini adalah punca rezeki mereka sebagai nelayan terjejas teruk.
“Ramai di antara kami terpaksa keluar cari kerja lain, dah tak boleh jadi nelayan. Mata pencarian kami kami pupus sebab projek – prejek ni dijalankan.
“Bila tebar jaring di laut, orang PTP turun kata tak boleh menjaring di sini. Ini laut bukannya darat. Kami orang asli nak hak kami dihormati sebagai nelayan. Kadang – kadang kami dihalau macam kucing kurap, ingat kami tak ada maruah ke?,” tegas beliau lagi.
Sehubungan itu, pihak Pusat Aduan Rakyat (PAR) Nusajaya yang hadir bersama melihat tapak projek yang telah menimbus tanah perkuburan nenek moyang orang asli ini tampil memberikan kenyataan dalam isu ini.
“Baik, isu yang pertama membabitkan perkuburan ratusan tahun yang ditanam di situ (tapak projek) sepatutnya kerajaan dan pemaju beri sedikit penghormatan terhadap penduduk orang asli. Pihak pemaju perlu adakan rundingan dengan penduduk.
“Kalau ada perkuburan yang ditanam diluar tanah rezab orang asli, harap kerajaan dapat re-locate perkuburan mereka. Ianya warisan nenek moyang mereka yang amat berharga. Kalau sekiranya anak cucu mereka ingin ziarah, ke mana mereka nak pergi selepas ni,” jelas Tuan Haji Dzulkefly Ahmad, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Nusajaya.
Menurutnya lagi, sebelum ini telah ada beberapa contoh tanah perkuburan yang telah dipindahkan.
"Contohnya di Kampung Pendas Laut, kerajaan telas sediakan kos pampasan untuk proses peralihan tanah perkuburan penduduk kampong tersebut. Hal yang sama sepatutnya boleh dibuat untuk orang asli di sini.
“Kita juga mendesak kerajaan supaya segera mewartakan tanah hak orang asli untuk kita elakkan pencerobohan terjadi lagi selepas ini. Bila sudah ceroboh susah, sebab tidak diwartakan,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, PAR Nusajaya akan adakan follow-up terhadap memorandum yang telah dibuat sebelum ini, dan sekiranya tidak mendapat sebarang respon, PAR Nusajaya sendiri tidak teragak-agak untuk menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Johor.
Hadir bersama mendengar permasalahan penduduk orang asli Kampung Simpang Arang ini ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Saudara Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda PAS Gelang Patah, Ustaz Zaifidin Isa
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Salam. Admin pls jwb :-
1. Sila tunjukkan mana tanda rupa kubur org asli tu den nk tgk skit. Tajuk headline cerita psl kubur org asli tp den nk tgk skit admin ada x buat kajian psl kubur tu. Jgn setakat post cerita membabi buta dan mahukan populariti seolah olah hgpa nk mnjadi juara rakyat ;
2. Ada dialog antara pend org asli kg simpang arang dgn wakil ahli parlimen dan jakoa baru2 ini.. Admin x citer pun ada dialog? Kelihatan gambar2 org asli mana yg admin amik jdkan bahan dlm post tu? Jgn tipu org kalo xde bhn yg cukup admin..
Nasihat utk admin : Sila buat kajian sblm post di laman anda.