BlogList Malaysia

Selatan Online

Siasat segera tuduhan Musa – Suhaizan

Posted by Unknown on 6 Disember 2012 | 0 komen pembaca


KLUANG – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menggesa satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan terhadap tuduhan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan yang merupakan bekas Ketua Polis Negara sejak 2006 hingga 2010.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, Tan Sri Musa Hassan jelas menceritakan bagaimana Datuk Seri Hishamuddin memberikan arahan kepada seorang pegawai POLIS Junior di luar pengetahuannya sebagai Ketua POLIS Negara waktu itu.

Dalam satu kes berasingan tegasnya, Datuk Seri Hishamuddin telah memberikan arahan terus kepada seorang Ketua POLIS Daerah.

Amalan ini katanya, bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh Ketua POLIS Negara dan bukannya Menteri Dalam Negeri.

“Tuduhan ini amat serius dan memberi kesan besar terhadap kredibiliti pasukan POLIS Di Raja Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Hishamuddin perlu meletakkan jawatan bagi membolehkan satu siasatan yang telus dan bebas di buat untuk, Pertama, Menentukan kesahihan tuduhan yang di kemukakan oleh Tan Sri Musa Hassan ini.

“Kedua, Seandainya tuduhan ini benar, satu tindakan yang tegas perlu di ambil terhadap Datuk Seri Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri atas tindakan yang sangat tidak wajar yang mampu menjejaskan reputasi dan nama baik Pasukan POLIS Di Raja Malaysia,?katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini bertarikh 28 Nov 2012 yang disiarterbit pada jam 5.07 petang berhubung pendedahan bekas ketua Polis Negara itu selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Kluang, dekat sini semalam.

Hadir sama, Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor, Khalid Salikan, exco DPPNJ dan Mohd Fakizul Ahmad, Exco DPPNJ.

Sehubungan itu, pihaknya amat mengharapkan agar siasatan secara adil dan bebas dapat dibuat untuk menyelamatkan Malaysia dari imej yang buruk di mata masyarakat dunia.

Sumber : Ibn Bacoks


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Siasat segera tuduhan Musa – Suhaizan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini