Tagih Janji Ditepati, 18 Tahun Menunggu
Posted by Unknown on 21 Disember 2012 | 0 komen pembaca
ENDAU: Satu dialog isu tanah kurnia telah diadakan di Kawasan Perumahan Nelayan Kampung Penyabong minggu lalu. Dialog bersama Peguam dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri Johor dan PAR Dun Endau diadakan atas permintaan para nelayan sendiri untuk membincangkan permasalahan tanah kurnia yang dijanjikan oleh pihak kerajaan untuk para nelayan tersebut18 tahun lalu. Sekitar tahun 1994 seramai 78 orang para nelayan dari Endau dan Mersing telah di panggil ke Pejabat Daerah Mersing dalam majlis yang turut di hadiri YB dan Exco YB Sabariah untuk menjalani undian lot-lot tanah Pertanian yang mahu di kurniakan kepada mereka oleh pihak kerajaan.
Disamping itu, sebelum dari itu mereka telah dikurniakan rumah secara sewa-beli yg telah di bina di atas nama projek Perumahan Nelayan Contoh di Kampung Penyabong. Dalam usaha menaiktaraf hidup para nelayan ini pihak kerajaan dibawah pimpinan Menteri Besar masa itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan mengurniakan mereka tanah kurnia dengan keluasan seekar setengah sehingga 4 ekar seorang untuk tujuaan pertanian.
Setelah 18 tahun berlalu, para nelayan tersebut menanti dan menunggu geran hak milik tanah tersebut, tetapi tidak ada apa-apa berita. Salah seorang dari mereka Hassan bin Abdullah 81, telah bertemu dengan pihak pejabat Tanah Daerah Mersing dan membuat carian status tanah tersebut tetapi keputusannya mengecewakan.Kecewa dangan keadaan tersebut, beliau bersama rakan-rakan yang lain mengambil keputusan mengadu permasahan mereka kepada Penyelia PAR Dun Endau.
Pihak PAR Dun Endau bersetuju diadakan satu dialog Isu Tanah Kurnia ini dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat secara tepat dan jelas dari para nelayan yang terlibat, kerana kes ini agak lama berlaku, malah ada sebahagian dari mereka telah tiada lagi, yakni telah meninggal dunia.Hasil dialog tersebut satu jawatankuasa akan dibentuk untuk merangka tindakkan-tindakkan yang perlu bagi mengemukkan permasalahan ini kepada pihak-pihak yang berkaitan, termasuk pihak PAR merancang untuk membawa para nelayan terlibat bertemj MB Johor untuk menghantar memorendum. Antara ahli penal dialog tersebut adalah Saudara Syed Othman Syed Abdullah Penyelaras PAR Negeri Johor, Peguam Ahmad Nizam Abd Hamed dari Kuantan dan saya selaku Penyelia PAR Endau bertindak sebagai moderetornya.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Tagih Janji Ditepati, 18 Tahun Menunggu"
Leave a reply