Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan
Posted by Unknown on 2 Januari 2013 | 0 komen pembaca
MERSING - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, di sini, apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebuah treler yang diletakkan di tepi jalan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Stainrod Collin Etian, 26, yang memandu Proton Wira meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Mersing, di sini, kerana mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid mengesahkan kejadian dan berkata, mangsa adalah anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Pahang.
Menurutnya, mangsa dipercayai baru pulang bercuti di kampungnya di Kuching, Sarawak dan baru tiba di Rompin, kelmarin.
“Mangsa dikatakan akan mula bertugas hari ini (semalam),” katanya kepada Sinar Harian.
“Pemandu traler dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tidak berada di dalam kenderaan berkenaan disebabkan berehat di rumah seorang rakannya di Endau,” katanya.
Mohd Nor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Sinar Harian
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan"
Leave a reply