Retorik Politik Tiada Dalam Agenda – Azam
Posted by Unknown on 3 Mac 2013 | 0 komen pembaca
MERSING – PAS bagi Parlimen ini tidak akan menjadi pemimpin yang retorik tapi akan berusaha meningkatkan pembangunan yang akan dirasai rakyat jika mandat diberikan dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Azam Abd Razak dengan katanya, tumpuan utama perjuangan merupakan pembelaan kepada rakyat untuk dinikmati.
“Malahan tidak pernah timbul soal kecewa sekiranya tumpas dan putus asa untuk meneruskan perjuangan,” katanya lagi.
Menurut Azam lagi, pihaknya melihat peluang untuk menang dianggap cerah dan pihaknya tidak sedikitpun rasa gentar.
“Kalah merupakan perkara biasa, tapi kebimbangan jika memenangi kerusi dalam konteks memikul amanah kerana tanggungjawab sebagai pemimpin perlu dilaksanakan agar tidak menjadi beban di dunia dan akhirat kelak,” katanya lagi.
Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau berkata, PRU dilihat lebih menarik di mana bakal menjadi era kebangkitan rakyat dan kesedaran yang ditonjolkan terutama di kalangan belia.
Menurutnya, usaha yang telah lama dijalankan sejak penubuhan pusat hampir lima tahun itu menunjukkan keberkesanan di mana banyak aduan secara berkala diterima pihaknya.
“Di Mersing sendiri, pusat telah menerima banyak aduan berkaitan isu nelayan, bantuan, kerosakan awam dan cuba untuk menyelesaikannya dengan perbincangan dan keputusan pihak atasan.
“Sekiranya menang atau kalah, pihak kami akan terus kekal menjadi medium bagi masyarakat Mersing untuk membantu membawa permasalahan mereka ke pihak berkenaan,” katanya.
Azam berkata, majoriti bangsa di Mersing adalah Melayu yang bekerja sebagai petani dan nelayan.
“Oleh itu, misi saya adalah ingin memperjuangkan isu pembelaan rakyat bawahan dalam semua aspek secara saksama,” ujarnya lagi.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Retorik Politik Tiada Dalam Agenda – Azam"
Leave a reply