BlogList Malaysia

Selatan Online

Treler Negara Berkebajikan Mula Siri Jelajah Hari Ini

Posted by Unknown on 4 Mac 2013 | 0 komen pembaca


KUALA LUMPUR: Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS telah memulakan siri jelajahnya ke seluruh negara mulai hari ini, 4 Mac yang menjadikan Melaka sebagai destinasi pertama.

Jika sebelum ini Kedah merupakan destinasi sulung bagi program jelejah selepas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan jentera tersebut pada 21 Februari lepas.

Treler yang telah menamatkan program jelajahnya di Selangor sebelum ini dan malam semalam merupakan program terakhir di Wilayah Persekutuan yang mana Kampung Pandan merupakan destinasi terakhir sebelum bergerak ke Melaka.

Sambutan yang menggalakkan diberikan oleh rakyat sepanjang di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Walaupun sewaktu treler berhenti di Putrajaya terdapat gangguan dari sekumpulan manusia yang memakai baju Barisan Nasional dan Umno, namun tiada kejadian di luar jangkaan berlaku.

Program yang bermula 4 hingga 29 Mac ini akan bermula dari negeri-negeri di selatan terlebih dahulu sebelum bergerak ke Pantai Timur, Utara dan seterusnya kembali ke ibu negara.

Jadual penuh jelajah:

Melaka : 4 - 5 Mac
Johor : 6 - 9 Mac
Pahang : 10 - 13 Mac
Terengganu : 14 - 17 Mac
Kelantan : 18 - 20 Mac
Kedah : 21 -22 Mac
Perlis : 23 Mac
Penang : 24 - 25 Mac
Perak : 26 - 29 Mac

Selain itu juga Negeri Sembilan merupakan destinasi terakhir selepas Perak apabila jadual asal terpaksa ditunda kerana permasalahan teknikal kepada treler jelajah tersebut.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Treler Negara Berkebajikan Mula Siri Jelajah Hari Ini"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini