BlogList Malaysia

Selatan Online

Ketibaan Treler Berkebajikan PAS Di DUN Pemanis Melakar Kenangan Indah

Posted by Unknown on 11 April 2013 | 0 komen pembaca


Ketibaan Treler Berkebajikan PAS telah berada di DUN Pemanis pada 6 April 2013(Sabtu) yang lalu telah melakar kenangan indah yang sukar untuk dilupakan.

Program bermula pada jam 5.00 -7.00 petang di Padang Kg Abdullah ( Depan Upwell Segamat) telah menggerakkan lagi gelombang kebangkitan rakyat khususnya di DUN Pemanis yang terletak di kawasan Parlimen Sekijang.

Demikian dilaporkan oleh Pn. Normala Bt. Sudirman yang merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana banyak program menarik yang telah diadakan berjalan lancar bagi meraikan ketibaan Treler Berkebajikan PAS yang telah sekian lama dinanti oleh rakyat di Daerah Segamat. 

Bacaan doa kepada pejuang yang terkorban ketika mempertahankan keamanan di Lahad Datu Sabah juga,tidak dilupakan.

Antara program yang diatur dan telah menarik perhatian pengunjung adalah dimulakan permulaan majlis dibuka dengan bacaan Al-Fatihah dan Lagu Negaraku selain Lagu PAS. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan pimpinan tempatan Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP. 

Cikgu Mala selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis mengakhiri ucapan dengan menyeru agar semua warga Segamat membuat perubahan dengan meletakkan kepercayaan kepada calon-calon dari Pakatan Rakyat untuk dipilih pada PRU 13 kali ini.

Ketika ucapan alu-aluan pimpinan Pakatan Rakyat berlangsung ,Cikgu Mala sempat beramah mesra dengan masyarakat yang hadir dengan aktiviti edaran belon PAS kepada pengunjung, edaran cenderahati berupa kalendar 2013

"Pertemuan muhibbah antara Penyelia Pusat Aduan Rakyat dengan Timbalan OCPD IPD Segamat ketika program ini dimaklumkan kepada beliau amat positif dan berlangsung dengan suasana ukhuwwah dan muhibbah," jelas Cikgu Mala.

Pihak Polis Daerah Segamat berjanji akan memberikan kerjasama yang baik di samping menjaga kententeraman pengujung demi keamanan dan kesejahteraan negara. 

"Mereka juga mencadangkan lokasi untuk meletakkan Treler Berkebajikan PAS ini dan melukis pelan cadangan lokasi agar Treler Berkebajikan PAS ini mudah diletakkan di Padang Kg Abdullah ,Segamat tanpa menganggu lalu lintas di jalan utama'' tambah Cikgu Mala lagi sambil melahirkan perasaan gembira .

Pn. Normala atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala, mengharapkan agar semua warga DUN Pemanis dan Parlimen Sekijang yang telah datang beramai- ramai bersama keluarga dan anak- anak untuk menyaksikan ketibaan Treler Berkebajikan PAS dapat menjadikan program tersebut sebagai kenangan bermakna sambil berlibur di hujung minggu.

Sesi penggambaran bersama pimpinan Pakatan Rakyat juga telah berlangsung dalam suasana santai dan mesra.

Cikgu Mala, Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis berharap agar program pada petang tersebut dapat diadakan pada masa - masa akan datang dalam suasana muhibbah dan meriah", katanya lagi.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Ketibaan Treler Berkebajikan PAS Di DUN Pemanis Melakar Kenangan Indah"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini