Pakatan Rakyat Johor Lancar Manifesto Sabtu Ini
Posted by Unknown on 11 April 2013 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU: Pakatan Rakyat Negeri Johor akan melancarkan manifesto khusus untuk rakyat Negeri Johor pada hari Sabtu, 13 April akan datang.
Pelancaran manifesto Pakatan Rakyat akan disempurnakan oleh Mrsyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hotel New York, Johor Bahru.
Menurut Tuan Haji Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dalam sidang media pagi tadi, manifesto Pakatan Rakyat Negeri Johor bertemakan Johor Maju dan Berkebajikan.
"Manifesto ini merupakan manifesto yang berkisar pada kebajikan rakyat. Tema yang kita putuskan menunjukkan komited Pakatan Rakyat Negeri Johor untuk terus membangunkan Negeri Johor untuk lebih maju.
"Namun pembangunan yang ingin Pakatan Rakyat Negeri Johor adalah berpaksikan kepada kebajikan rakyat. Kita tidak mahu situasi rakyat ditindas di Pengerang berlaku lagi ", ujar beliau lagi.
Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat juga akan melancarkan buku ucapan Dr Boo Cheng Hau dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang lepas.
Turut akan dilancarkan ialah laman sesawang khas untuk manifesto Pakatan Rakyat Negeri Johor dan laman sesawang Nusajayakini yang akan digunakan sebagai medium penyalur maklumat Pakatan Rakyat Negeri Johor kepada rakyat Johor.
Hadir sama dalam sidang media tersebut adalah Saudara Onn Bin Jaafar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Saudara Steven Chong selaku Penolong Setiausaha Parti Keadilan Rakyat dan Saudara Norman Fernandez selaku Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pakatan Rakyat Johor Lancar Manifesto Sabtu Ini"
Leave a reply