N49 Nusajaya Jadi Pilihan Salahuddin
Posted by Unknown on 13 April 2013 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri DUN Nusajaya merupakan pilihan Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS untuk mencuba nasib di sana.
Dalam pada itu, beliau menafikan jawatan Menteri Besar merupakan agenda yang digembar gembur oleh musuh tapi bertujuan menguatkan lagi pengaruh Pakatan Rakyat mara ke Pusat Pentadbiran Negeri di Nusajaya.
“Ramai yang bertanya bagaimana untuk menjadi Menteri Besar andai bertanding Parlimen. Suka saya tekankan sekali lagi bahawa menjadi Menteri Besar Johor bukanlah agenda saya pulang berkhidmat di kampung halaman.
“Agenda utama adalah membantu rakan-rakan di sini untuk menumbangkan Sang Penguasa yang zalim.
“Bagaimanapun, ingin saya umumkan bahawa saya juga diamanahkan untuk bertanding di N49 Nusajaya. Ia amanah yang berat. Doakan saya dan semua rakan-rakan. Terima Kasih. Sebarkan,” katanya lagi dipetik dari page Salahuddin Ayub.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "N49 Nusajaya Jadi Pilihan Salahuddin"
Leave a reply