Simpang Renggam Berubah Wajah
Posted by Unknown on 13 April 2013 | 2 komen pembaca
JOHOR BAHRU: Jika anda ke selatan tanahair dan masuk ke Simpang Renggam, Johor, anda akan menemui ucapan 'Selamat Datang Ke Simpang Renggam'.
Kini ia lebih menarik lagi kerana di atasnya sudah terlekat satu bendera besar PAS, lambang kehadiran PAS di kawasan itu.
Di situ, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat akan bertanding untuk kerusi parlimennya.
Bekas pemimpin Pemuda PAS Pusat yang selama ini banyak membongkar penyelewengan dalam perjalanan pilihan raya di negara ini di katakan mempunyai peluang yang cerah di kerusi itu.
"Kita akan menyumbangkan sekurang-kurangnya tiga kerusi Parlimen di Johor untuk membolehkan kita ke Putrajaya," kata Salahudin Ayub dalam satu ceramahnya di Taman Melewar.
Walaupun tidak menyatakan kerusi itu, Harakahdaily difahamkan ia adalah Simpang Renggam.
Sumber : Harakahdaily
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Nak menipu pun agak2la..29thn ddk kt smpg renggam x pernah pun nmpk bukit nie.....tulis tu tlgla berdasarkan fakta yg btul...
signboard selamat datang ke simpang renggam tu ape?