4 Sungai Paling Teruk Tercemar di Johor
Posted by Unknown on 28 Julai 2011 | 0 komen pembaca
Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 27 Julai - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor mengenal pasti empat batang sungai di negeri ini yang paling teruk tercemar dan rendah kualiti airnya.
utusanjohor@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 27 Julai - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor mengenal pasti empat batang sungai di negeri ini yang paling teruk tercemar dan rendah kualiti airnya.
Timbalan Pengarah JPS Johor, Mahyan Esa berkata, usaha untuk merawat dan membersihkan sungai-sungai tersebut kini sedang berjalan tetapi mengambil masa untuk pulih.
“Empat batang sungai berkenaan ialah Sungai Skudai, Tebrau, Tukang Batu dan Air Baloi kini berada pada tahap empat iaitu dalam kategori kedua terburuk.
“JPS mempunyai lima tahap dan tahap kelima adalah yang paling buruk sekali. Sementara kira-kira 43 batang sungai lagi di Johor berada pada tahap satu hingga tiga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sungaiku Hidupku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (SMK SETA) di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengetua SMK SETA, Sallina Hussain dan Pengarah Jabatan Lanskap Negeri Johor, Abu Bakar Mohamed Salleh.
Mahyan berkata, disebabkan kos merawatnya tinggi pihaknya menjalankan kempen kesedaran tentang penjagaan sungai dan kepentingan untuk mengekalkan kebersihannya.
Katanya, JPS turut merawat semua sungai-sungai yang tercemar di negeri ini dengan menggunakan bahan efektif mikroorganisma (EM) selain kegiatan gotong-royong membersihkannya yang mana EM berfungsi membunuh bakteria dalam kos murah dan berkesan membersihkan air tercemar.
“JPS memperoleh RM1 juta setahun daripada kerajaan pusat untuk kerja-kerja merawat dan membersihkan sungai-sungai di Johor termasuk menganjurkan kempen kesedaran,” ujarnya.
Sementara itu, Sallina berkata, JPS memperuntukkan lebih RM20,000 untuk membesarkan alur sungai di belakang sekolah itu untuk menjadi anak sungai bersempena karnival yang diadakan dengan tujuan melahirkan generasi muda cintakan alam sekitar bagi jangka masa panjang.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "4 Sungai Paling Teruk Tercemar di Johor"
Leave a reply