Lagi ‘Orang Besar’ Akan Sertai PAS?
Posted by Unknown on 23 Februari 2012 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU, 23 Februari 2012 – Lagi bekas pemimpin UMNO di peringkat tertinggi negeri ini didakwa akan menyertai PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) dilihat bakal menerajui kerajaan negeri di Nusajaya selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang dan hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi.
Menurut sumber, beberapa pertemuan telah diadakan melibatkan bekas pemimpin itu seperti bekas exco Kerajaan Negeri Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lain-lain.
Sumber turut mendakwa, spekulasi tentang kedudukan mereka itu dikuatkan lagi dengan keyakinan apabila melihat kuasa orang Melayu semakin terhakis di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).
Disamping itu, isu pengambilalihan dua syarikat terbabit Sehingga Johor Corporation (Jcorp) membatalkan hasratnya turut mendorong kelompok itu hilang kepercayaan kepada corak kepimpinan Datuk Abd. Ghani Othman.
“Lagi pertemuan bersama bekas pemimpin UMNO peringkat tertinggi di Johor yang juga merupakan bekas Exco dan Adun Negeri Johor. Beliau juga merupaka seorang pemikir di dalam UMNO Johor. Sudah terang lagi bersuluh, beliau memberitahu bahawa UMNO akan tumbang pada PRU-13 di Johor. Beliau juga tidak dapat menafikan bahawa akan ada ketua cawangan ,bahagian akan berpaling tadah menumbangkan UMNO. Malah menurut beliau lagi Adun dan Ahli Parlimen dr UMNO sendiri akan turut sama berpaling tadah pada pilihanraya akan datang. akibatnya, sudah tentu Najib akan cuba menanguhkan pilihanraya sehingga ke tarikh terakhir iaitu pada Mac 2012"ujar pemilik akaun facebook Ibnu Zatussalasil.
Isu tersebut mula mendapat perhatian umum apabila PAS Johor mendesak Pengerusi JCORP, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar supaya membatalkan serta-merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada JCORP, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor.
Dalam pada itu, sumber turut memberitahu, berpandukan analisis yang dilakukan Pakatan Rakyat dipercayai mampu untuk meraih lebih kurang 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala usaha yang berterusan harus digerakkan lagi supaya lebih banyak lagi kerusi yang akan dimenangi.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Lagi ‘Orang Besar’ Akan Sertai PAS?"
Leave a reply