BlogList Malaysia

Selatan Online

Bau Najis Jadi Menu Berbuka Puasa

Posted by Unknown on 3 Ogos 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: DPP Kawasan Pulai

PULAI:  “Sebelum makan ambil bau sahaja”, kata Ahmad Nisfu dalam filem Tiga Abdul. Inilah dilema yang dihadapi oleh sebahagian besar penghuni rumah pangsa kos rendah blok G di Taman Tampoi Utama pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Paip kumbahan di flat kediaman mereka yang menyalurkan sisa buangan manusia tersumbat dan pecah seminggu yang lalu. Bau najis yang kuat menjadi masalah besar penghuni di sini dan terpaksa dihidu setiap kali menjelangnya waktu berbuka puasa. Bau najis ini datangnya daripada paip pembetung yang pecah dan mengalirkan sisa kumbahan ke seluruh kawasan aras bawah rumah flat berkenaan yang biasanya menjadi laluan penduduk dan ruang legar untuk kegiatan masyarakat, sekarang ini dipenuhi dengan sisa buangan manusia.

Menurut seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai En Roslee, 55 tahun, kronologi berlakunya masalah ini berpunca daripada pam penyedut di rumah kumbahan taman berkenaan yang rosak hampir 6 bulan yang lepas. Ini menyebabkan perjalanan sisa kumbahan melalui paip dan salur kumbahan bawah tanah menjadi perlahan sehinggalah ia menjadi tersumbat.

Apabila tersumbat, aliran air najis menjadi ‘overflow’ dan naik serta masuk ke kediaman penduduk di tingkat satu rumah pangsa berkenaan. Oleh yang demikian, penduduk mengambil jalan pintas dengan terpaksa memotong paip pembetung di bawah blok untuk mengelakkan sisa najis itu masuk ke rumah mereka setelah laporan dibuat tanpa sebarang tindakan. DPP Pulai turut dimaklumkan, laporan telah dibuat oleh penduduk terbabit kepada pihak pengurusan rumah pangsa Taman Tampoi Utama dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Kempas, saudara Suhaizan Kaiat yang turut hadir di tempat kejadian untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk, memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua pihak termasuk MBJB dan Suruhanjaya Bangunan (COD) untuk segera membantu penduduk di sini kerana ia menggangu kehidupan masyarakat setempat, lebih-lebih lagi apabila hari lebaran yang semakin menjelang akan sedikit terjejas dengan permasalahan berkenaan.

Beliau juga menyeru supaya pam penyedut sisa kumbahan di rumah pam turut sama dibaiki dan diganti untuk mengelakkan masalah yang serupa berulang di blok-blok rumah pangsa yang lain berdekatan dengan blok G, tempat berlakunya kejadian ini.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Bau Najis Jadi Menu Berbuka Puasa"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini