Isu Pembersihan Etnik Rohingya, Pemuda PAS Buat Himpunan
Posted by Unknown on 1 Ogos 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibn_Bacoks
Himpunan yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor itu turut disertai lebih 30 orang daripada komuniti Rohingya sekitar daerah ini memperlihatkan kesungguhan mereka bagi menyuarakan rasa sedih dengan apa yang terjadi di sana.
Menurut Ketuanya, Suhaizan Kaiat, pihaknya turut terpanggil bagi menyatakan bantahan tersebut kerana golongan yang tertindas merupakan saudara seakidah, disamping menyuarakan rasa simpati ke atas masyarakat minoriti Islam terbabit.
”Sedih apabila kita mendengar dan melihat apa yang berlaku di barat Myanmar. Umat Islam yang juga saudara seagama kita berdepan kekejaman oleh tentera junta negara itu.
”Ada masjid dan rumah dibakar, dibunuh dan disembelih dengan kejam, wanita dirogol dan hak mereka dinafikan.
”Banyak kezaliman yang berlaku. Jadi kita berhimpun adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berhubung apa yang berlaku ke atas masyarakat minoriti Islam di barat Myanmar.
”Ini kerana mereka juga sama taraf frngan kita, satu aqidah, satu tuhan dan turut mencintai Rasulullah saw,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pada majlis yang sama, agihan risalah turut diedarkan kepada orang ramai berhubung kekejaman junta Myanmar dan pungutan derma dilakukan untuk disumbangkan kepada kumpulan masyarakat Rohingya.
Hadir sama, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Isu Pembersihan Etnik Rohingya, Pemuda PAS Buat Himpunan"
Leave a reply