BlogList Malaysia

Selatan Online

Cikgu Mala Menyantuni Pengunjung Bazar Ramadhan

Posted by Unknown on 6 Ogos 2012 | 0 komen pembaca


SEKIJANG: Bulan Ramadhan merupakan peluang terbaik untuk kepimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Sekijang melaksanakan usaha menyantuni rakyat melalui program kebajikan dan bertemu pengunjung di Bazar Ramadhan Segamat. Dengan semangat setiakawan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, pada 29 Julai lalu mereka telah mengunjungi Bazar Ramadhan di Taman Utama Segamat untuk beramah mesra dengan pengunjung sempena Ramadhan pada tahun ini.

Suasana meriah dan ceria jelas kelihatan apabila Pn. Normala Bt. Sudirman (Cikgu Mala ),Exco Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Johor menyapa dan bersalaman dengan penjual dan pembeli yang berada di Bazar Ramadhan Segamat baru- baru ini. Turut bersama dalam program ini adalah Pn. Hjh Natrah Bt. Ismail , Ketua Wanita Keadilan Johor merangkap Timbalan Ketua Cabang PKR Sekijang bersama kepimpinan PKR yang lain. Sebelum itu pada waktu pagi , mereka telah mengunjungi premis perniagaan,Pasar Awam Bukit Siput, Pasar Awam Segamat Baru, penduduk di Kg. Abdullah, Kg.Tengah dan Kg. Jabi untuk menyantuni rakyat sambil memberikan risalah penerangan.Sambutan mereka amat baik dan sangat menggalakkan.


Cikgu Mala yang juga merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis juga telah bertanya khabar dan melihat perkembangan tentang perjalanan perniagaan di Bazar Ramadhan .Selain menghulurkan salam dan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pengunjung bazar,edaran risalah diberikan untuk informasi pengunjung yang datang membeli juadah dan makanan untuk berbuka puasa.Program ini turut diserikan denga kehadiran Mr. Steven Choong yang merupakan Timbalan Setiausaha PKR Pusat merangkap Kepimpinan PKR Negeri Johor.

” Pendirian politik yang berbeza bukan alasan untuk kita saling membenci dan bermusuhan hingga meleraikan ikatan siturrahim sepanjang Bulan Ramadhan”. Kami ingin tawarkan perkhidmatan yang lebih baik tanpa mengira bangsa dan agama demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat sentiasa ingin menjiwai denyut nadi rakyat dan membantu insan yang memerlukan bantuan walau di mana mereka berada” Kata Cikgu Mala.


Beliau juga yang merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis berkata, PAR DUN Pemanis akan mengedarkan barang keperluan dapur untuk seramai 80 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan sumbangan sempena menyambut Syawal yang menjelang pada tahun ini. Selain daripada menghulurkan sumbangan kewangan, PAR DUN Pemanis bertekad akan terus melaksanakan program kebajikan untuk fasa seterusnya secara berperingkat sehingga ke penghujung Ramadhan tahun ini.

” Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang pada tahun ini akan membawa seribu erti kepada mereka yang kurang berkemampuan, anak yatim , ibu tunggal dan warga emas yang memerlukan perhatian” katanya lagi.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Cikgu Mala Menyantuni Pengunjung Bazar Ramadhan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini