PRU 13 Dalam Ramadan : Pemuda Bersedia Untuk Menang – Ust Khalil
Posted by Unknown on 6 Ogos 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibn_Bacoks
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Exco DPMM dengan katanya, hal ini kerana banyak kejayaan yang diraih melalui peristiwa peperangan zaman Rasullullah adalah dalam bulan tersebut.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada pendokong gerakan Islam PAS supaya meningkatkan hubungan dengan Allah agar matlamat perjuangan itu diredhaiNya.
”Atas inisiatif ini adalah dalam bulan Ramadhan, kita adakan program Xpresi anak muda ke Putrajaya. Dalam bulan Ramadhan ini merupakan medan meningkatkan hubungan dengan Allah.
”Kalau Pilihan raya Umum (PRU) 13 buat dalam bulan Ramadhan, silakan!. Banyak peristiwa berlaku dalam bulan ini. (bulan ini, juga dianggap) bulan kemenangan buat umat Islam. Justeru itu, doa kena berterusan dan bertawakkal,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taujihatnya pada program Sambutan Badar Kubra : Gempur PRU 13 peringkat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor di Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Simpang Renggam, dekat sini, Sabtu lepas.
Hadir sama, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Salleh, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.
Program yang bermula 4.00 petang itu menyaksikan kesungguhan anak-anak muda di 26 kawasan PAS di negeri ini untuk menjadikan PRU 13 sebagai medan jihad bagi menterjemahkan hasrat ke Nusajaya.
Pada majlis yang sama, peserta dihidangkan dengan pelbagai slot yang padat dengan elemen tarbiyyah, kerohanian dan kemasyarakatan selain ia turut dijadikan platform mendisiplinkan para jentera di peringkat pemuda.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PRU 13 Dalam Ramadan : Pemuda Bersedia Untuk Menang – Ust Khalil"
Leave a reply