BlogList Malaysia

Selatan Online

MB Johor Diminta Dedah Tanah Rezab Melayu Di Johor

Posted by Unknown on 6 Ogos 2012 | 0 komen pembaca


PULAI: Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman diminta mendedahkan jumlah Tanah Rezab Melayu yang telah digunakan bagi tujuan pembangunan di negeri Johor dan berapakah bilangan yang telah diganti semula.

Menurut Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub, selepas negara merdeka, penjajah telah meninggalkan sebanyak 3 juta hektar tanah rezab melayu namun pada ketika ini anggaran yang masih tinggal hanyalah 1.7 juta hektar tanah rezab melayu. Ini bermakna dianggarkan 1.3 juta tanah rezab melayu di seluruh negara telah hilang ataupun digadaikan oleh kerajaan UMNO/BN.

"Saya minta Menteri Besar Johor dedahkan berapa jumlah tanah rezab melayu yang telah digunakan atas nama pembangunan di negeri Johor ini. Saya juga minta beliau dedahkan berapa jumlah tanah yang telah diganti semula untuk tujuan pembangunan tersebut"

"Dalam Artikel 89 fasal 2 perlembagaan negara juga ada menyebutkan bahawa mana-mana tanah rezab melayu yang diambil perlu diganti semula dengan nilai yang sama. Kami mendapat maklumat di dalam mesyuarat tanah negara ada disebutkan bahawa terdapat 2 menteri besar yang tidak mengantikan tanah rezab melayu yang diambil dan salah seorangnya adalah Menteri Besar Johor", tegas beliau lagi kepada pemberita.

Pendedahan ini menurut YB Salahuddin Ayub lagi amat penting bagi rakyat mendapat gambaran sebenar berkenaan status tanah rezab melayu di negeri Johor ini.





**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "MB Johor Diminta Dedah Tanah Rezab Melayu Di Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini